Sunday, September 27, 2020

10 Perkara Selepas Pemergianmu..

10 perkara yang mama belajar selepas pemergianmu..
Menjelang tragedi Oktober sejak 7 tahun yang lalu, tarikh2 inilah selalunya saya flashback memories hari2 terakhir bersama si jantung hati mama Putera Ryfael Shah.. bukan hendak meratapi cuma tanda sayang dan rindu dari seorang mama yang tak pernah akan lupa pengalaman pernah diuji sehebat ini.
Namun demikian, hari ini saya nak kongsi apa yang telah saya belajar dari kehilangan ini untuk renungan ibu-ibu lain yang telah ataupun bakal di uji.. 🙂 ada 10 perkara.. yang kini saya paraktik dan amalkan bersama dua putera yang masih ada dalam pelukan.. ❤
1. Sebagai ibu dan bapa.. ciuman dan pelukan kasih sayang seorang anak bukanlah milik kita selamanya.. perasan kasih dan sayang itulah yg paling membunuh jiwa dan perasaan apabila berlaku kehilangan abadi. Anak hanyalah sekadar pinjaman dari Nya yang boleh diambil semula bila2 masa.
2. Kita selalunya terleka, kerana anak masih di hadapan mata. Adakalanya mereka bertanya dan bercerita, namun mata kita tertumpu di skrin handphone dan tv mendengar celotehnya tanpa difahami cuma di iyakan sahaja. Bayangkan suatu hari nanti bila suara itu sudah tiada.. kita pasti akan merinduinya. Hentikan segala kerja2 kita sementara, pandanglah mata mereka yang sedang bercerita. 🙂
3. Anak-anak tidak menilai wang ringgit kita.. namun yg berharga bagi mereka adalah masa yg diluangkan bersama. Cukup sekadar bersiar2 di taman, bermain pasir di pantai, ronda2 naik basikal bersama.. momen inilah yg melekat dalam ingatan mereka.
4. Mengembaralah meneroka dunia bersama mereka, tunaikan umrah bersama seandainya mampu, nikmati setiap detik bersama. Kenangan terindah mama bersama arwah Ryfael adalah menunaikan ibadah umrah bersama.. dia sentiasa terdukung dalam carrier di badan mama sepanjang ibadah, saie dan tawaf.. kenangan terindah yg akan dikenang sampai akhir masa.
5. Ambil lah seberapa banyak pun gambar dan video yang kita mampu.. rakamkanlah setiap momen bersama anak-anak selama mereka membesar, kerana mungkin suatu hari nanti hanya itulah yg kita ada seandainya mereka telah tiada. Sebab itulah dalam fb mama, terlalu banyak memori anak2 tersimpan.. 🙂
6. Raikan dan hargailah setiap detik, solat bersama, mengaji bersama dan zikir-zikir harian mudah bersama anak selesai solat.. saat sebelum masuk tidur, bacakan buku cerita, bersembang sampai lena.. makan malam bersama, bermain mainan bersama mereka.. kerana skrg apa yg mama rindu adalah suaranya yg mengalun zikir syifa, suaranya yg membaca buku cerita 'baby' bergambar.. sejadah kecilnya yg kini tersimpan kemas.. dan mainannya yg tersusun cantik di atas rak kaca.
7. Peluklah.. ciumlah anak sepuas hati seperti itulah kali terakhir untuk kita melakukannya.. kerana siapapun tidak mengetahui bilakah detik terakhir itu. Mama tak pernah lupa saat terakhir mengucupnya dalam keadaaan masih sedar sebelum diletakkan di atas meja bedah yg memisahkan kami selamanya.
8. Ajarkan anak berdoa untuk kedua ibu bapa setiap kali selesai solat, dengan memahami maksudnya.. doa itu mungkin dibawa terus ke alam sana untuk dia menarik tangan kita ke syurga kerana tiada seorang pun tahu siapa yang akan pergi dulu.
9. Catatan jurnal seperti mana yang kita karang di FB, setiap tahun akan terlintas semula memories dan momen membesar semasa hayat mereka dan mungkin boleh dibaca sehingga mereka meningkat dewasa.. ini yg mama buat sejak dari #theputeras lahir ke dunia.. 😉 Tulislah bagaimana anak itu menceriakan hari kita, perkara2 comel yang mereka lakukan, semuanya menjadi kenangan yang akan dirindui.
10. Andainya anda mempunyai anak, yang masih boleh dipeluk dicium, boleh disuap dan makan bersama, dihantar dijemput ke sekolah setiap hari, melihat mereka melangkah ke menara gading, menyaksikan mereka mendirikan kehidupan sendiri.. anda adalah insan yg sangat beruntung. Kerana tak semua ibu memiliki peluang itu.
Begitulah.
Mama yg rindu putera di syurga..


 

Wednesday, May 8, 2019

Kisah Putera Kecil di Syurga Part 1..


Suatu hari yg indah di syurga.. seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia.. menjelang diturunkan dia bertanya kepada Tuhannya..
"Ya Tuhanku.. para malaikat di sini mengatakan bahawa esok Engkau akan mengirimku kedunia tapi bagaimana cara saya hidup disana.. saya begitu kecil dan lemah.." kata si bayi..
Tuhan menjawab "Aku telah memilih satu malaikat untukmu dan dia akan menjaga dan mengasihimu.."

"Tapi di syurga apa yg saya lakukan hanyalah bernyanyi dan tertawa..
ini cukup bagi saya untuk bahagia.." kata si bayi..
Tuhan pun menjawab "Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari, dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan jadi lebih berbahagia..

Si bayi pun bertanya kembali "Dan apa yg dapat saya lakukan saat saya ingin berbicara kepada-Mu?.."
Sekali lagi Tuhan menjawab. "Malaikatmu akan mengajarkanmu bagaimana cara utk kamu berdoa.."

Si bayipun masih belum puas.. Dia pun bertanya lagi "Saya mendengar bahawa di bumi banyak orang jahat.. siapa yg akan melindungi saya?"
Dan Tuhan pun pun menjawab "Malaikatmu akan melindungimu dengan taruhan jiwanya sekalipun.."

Si bayi pun tetap belum puas dan bertanya lagi.. "Tapi saya akan bersedih kerana tidak melihat Engkau lagi.."
Dan Tuhan pun menjawab "Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku.. dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu boleh kembali kepadaKu walaupun sesungguhnya Aku selalu berada di sisimu.."

Saat itu syurga begitu tenangnya, sehingga suara dari bumi dapat terdengar dan sang anak dengan suara hiba dan bertanya..
"Tuhan... jika saya harus pergi sekarang bolehkah Engkau memberitahu siapa nama malaikat yang akan kau anugerahkan untukku nanti?"
Tuhan pun menjawab. "Kamu akan memanggil malaikatmu.... IBU..."

"Selamat Hari Ibu, Mama.. Dari Putera Kecil di Syurga.." 




Anak Kecil di Syurga

Monday, February 25, 2019

Pusat Jantung Sarawak

Bersawang dah blog mama.. setahun... tapi harini baru teringat..
6 tahun yang lalu... Pusat Jantung Sarawak

Wednesday, December 6, 2017

JANGAN DIPUKUL ANAK KECIL YANG MENANGIS




Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
Janganlah kamu pukul anak-anak kamu Di sebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahiran nya Ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya.
( H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a. ).
Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bonda nya.
Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuat nya daripada kebaikan maka di tuliskan untuk nya dan kedua ibu bapa nya.
Dan apa yang di perbuat nya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuk nya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapa nya.
Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya ia itu segala amal baik atau buruk nya. ~*
( H.R.Imam Anas bin Malik r.a.)
Harap dapat la terap kan kesabaran yang lebih untuk mendidik anak-anak.. Wallahualam.
Anak kecil dlm gambar ni.. sudahpun berada di syurga bersama Penciptanya.. Putera Ryfael Shah mama dlm kenangan.. 
with luv - Nadia Hazmi - mak yg tak pernah pukul anak.. ;)

Friday, October 27, 2017

IBU DARI NERAKA.

Pernah digegarkan satu ketika dulu satu video seorang anak kecik dipaksa ibunya menghisap dadah. Ops! ðŸ˜¯ sori, xlayak kot dipanggil ibu tapi ðŸ˜ˆ.
Fikir guna waras akal kita, mana mungkin seorg ibu sanggup merosakkan anaknya. SALAH. Tapi tak salah bg seorang penagih syabu. Dlm banyak2 dadah yg k.nad kenal dlm dunia penagihan ni, Syabu dadah paling GILA! Ia menukar pemikiran seorang manusia dari yg Betul menjadi Salah, yg Salah menjadi Benar. Yang waras kepada gila. Manusia kepada IBLIS NYATA. Lihat kes2 jenayah pelik yg berlaku skrg ni.. semua nya hasil dari graduasi syabu.
Ni k.nad nak ajar. Rupa tools/ peralatan yg diguna dlm pengambilan syabu atau nama kampungnya yg popular kat Sarawak ni.. BATU. Juga ICE/ KACA/ KRISTAL. Skrg ni semakin murah dan semakin mudah didapati. Sbb apa? Sbb ia boleh di proses diblkg rumah anda sendiri. Asal cukup 9 bahan tu, siap la dia.
Skrg ni, RM5 PUN DH BLH DPT, budak2 sekolah pun senang beli dan dapat kat online.
Jadinya, sbg mak bapak. RAJIN2 LA CEK BEG SEKOLAH ANAK @spotcek bilik anak. Kalau ada brg mcm ni, tu bukan la radas2 dr makmal skolah yg anak curi bwk blk utk ulangkaji .. tapi ni la tools utk 'chase' isap syabu.. Jangan nak jadi naif dan jahil tak bertempat dan sibuk psl 99 kata2 fatah amin ke dgn titian sirat cinta je manjang. Tgk sama cita psl dadah kt youtube tu byk skit.
Jangan nanti bila anak dah agresif dan jadi gila, dah mula merompak membunuh.. baru sibuk2 nak tunding jari kat peta malaysia nak salahkan tukang lukis peta tu yg sebabkan lukis rapat2 sgt golden triangle tu jdkan dadah mudah masuk ke rumah makcik.
Nak bagitau jugak, makan batu ni paling cepat nak jadi gila tu dlm 2-3 thn je.. gila tu kalau jd ahli syurga xpa jugak.. tapi gila yg ni menyusahkan anak bini, mak bapak n seluruh dunia. Yg dah makan batu ni, kalau msh waras.. sudah2 lah.. walaupun ulat dlm batu pun boleh hidup. Ulat tu tak susahkan org dan tak tergamak bagi anak dia isap dadah jugak. 


Wednesday, October 25, 2017

Air mata kasih..

Semalam kali pertama abg rayyan tidur di "syurga ciptaan" mama tanpa adek menemani..abang kata nak tido dgn patung kucing adek je sbb adek dh jadi kucing lepas pegi syurga.. Pagi tadi lepas mandi abg rayyan nak pakai baju Melayu yg sama dgn adek masa raya yg lalu.. rayyan tanya.. "mama tu baju adek kan satu lagi tu sama ayen.. Cian adek tak dapat pakai dah kat syurga, adek pakai pampers je.."  Ada2 je abg ni..

Yang mama plg terharu.. Abg rayyan main lori yg mmg sentiasa ada dua..satu adek satu abang.. Rayyan sembang sendiri.. "sapa nak main satu lagi ni.. ya Allah ya Tuhanku.. Bangunkanlah adekku.. Sembuhkanlah adekku.." mcm doa yg abg hafal sejak di IJN.. sambil mengesat air mata.. :')
Utk hiburkan hati putera mama yg kesepian ni.. Mama bawa rayyan ke surau yg terakhir adek pegi bersama mama.. sehari sebelum ke IJN.. adek teman mama solat asar di situ, jln kaki dr kedai kita di Jln. Merdeka sampai termengah2 minta mama dukung.. Mama kata kalau adek ikut mama kena la jln sendiri.. Mama nak ajar adek jd kuat semangat..tabah..terimbau plak kenangan indah..si mujaheed kecil mama tu..
Ptg td abang pula gantikan tempat adek, temankan mama solat asar..abg pun solat..kt tempat adek selalu duduk..dan sedekahkan al-Fatihah hadiah buat adek tersayang.. Kita berpisah jasad syg tp roh kita sentiasa bersama dlm doa..


Dalam keramaian dia masih 'mencari-cari'..

Dalam keramaian dia masih 'mencari-cari'.. "mana adek ma..nak main bubble dgn dia ni abg beli ni.." 
Hanya satu yg tak mungkin kembali..
Hanya satu yg takkan pernah terjadi.. Cari kat mana2 pun takkan ada lagi syg..

Tuesday, October 24, 2017

♡Tips anak penyayang..

Byk menerima pertanyaan tentang ini di inbox.. mama kongsikan di sini supaya ramai boleh baca.. mama bknlah hebat pun dlm mendidik anak2.. anak2 pun kecik lg tak tau mcmana dah besar nanti.. tapi didikan awal tu lebih penting.. terutamanya pada 6thn pertama kehidupannya.. org putih panggil '6 golden years'.. utk didik anak penyayang.. mungkin ini lah amalan mama dulu yg boleh membentuk peribadi anak.. 
1. Sejak kecil hinggalah waktu mengandung sampai lahir rayyan&ryfael.. mama ni sgt syg pada haiwan2 dan tumbuh2an.. suka bercucuk tanam.. anak anjing tepi jln org buang pun mama pungut selamatkan.. bela sampai sihat dan bagi pd shbt2 non-muslim yg sudi adopt..
2. Sejak bayi lg mama ajar anak2 syg pada haiwan.. masa tu mama bela byk kucing.. dan juga tak ajar benci pada anjing.. mama cuma ajar nak sentuh kena guna sarung tgn.. masa kecik2 lagi ajar anak jaga hamster.. lepas tu arnab.. ini utk memupuk sikap tangungjawab dlm diri dia.. cukup la ajar bg mkn minum ikut time n tgk dr jauh tak perlu gomol2.. (tak sesuai utk anak penghidap athma)
3. Bila nak dpt adik.. persediaan utama adalah kenalkan dia pada makhluk Allah yg kecil bakal lahir itu.. dgn cara bawa jumpa kwn2 yg ada baby.. ajar dia baby tu Allah akn bagi pada dia nanti utk jadi abang.. jd kena jaga btul2 mcm sayang mainan.. tak boleh sakiti dia..
4. Beli atau cari satu babydoll yg nampak btul2 mcm baby utk dia belajar sayang dan jaga.. ajar utk jgn bagi jatuh.. jgn cederakan.. kena peluk dan sayang shj.. (ini utk anak yg akn dpt adik rapat dgn umur dia mcm rayyan&ryfael.. beza 1thn shj..)
5. Ketika susukan anak selalulah berzikir 'ya Latif' utk lembutkan hati anak.. yg terbaik adlh susu ibu krn keintiman ketika direct feeding itulah yg buat anak kita mendengar kata ibunya.. jd anak yg taat..
6. Boleh hukum si abang jika dia cuba cederakan adiknya dgn hukuman bukan fizikal. Hukum secara emosi cthnya dibanned dr tonton kartun / mainan kesukaannya utk beberapa tempoh. Kurung dlm bilik utk 1 minit pun tak apa utk pengejaran dia supaya tahu beratnya kesalahan tu. Hukuman emosi lebih memberi kesan pada anak dari disakit cara fizikal.
7. Jgn sakiti dia dgn cubitan atau pukulan jika dia buat salah. Ajarlah dgn penerangan dan kefahaman kenapa benda tu salah.. insyaAllah dia akn faham dan tak buat lagi.. Mama tak pernah cubit pun anak2 mama dr mereka lahir sampailah ke akhir hayatnya..
8. Ceritakan pada anak ttg akhlak Rasulullah.. kenal Allah pada awl usia.. kenal al Quran.. ada rezeki bawa pg umrah.. supaya dia kenal di mana kiblatnya.. dan apa tujuan dia lahir ke dunia.. iaitu menjadi khalifah Allah..
9. Teladan ibu bapa plg penting.. anak akan tiru apa yg ibu bapanya lakukan.. pastikan diri kita cukup baik utk anak contohi.. plg penting jaga tutur kata.. anak ibarat 'tape recorder'..
10. Kalau anak kita buat silap.. itu adalah kesilapan kita.. bukan silap anak.. itulah kesilapan kita mendidiknya..
Gambar: Arwah dedek ryfael yg sgt sygkan abangnya..  masa ni baru blk umrah.. abg rayyan tgh 'baca' al Quran kecil yg dibeli di Masjidil Nabawi..
Bersambung... (baby rayhan dah bangun..)


Thursday, October 12, 2017

Besarnya rahmat Allah..

Assalamualaikum..
Mlm ni mama sempat godek sikit2 inbox yg beratus2 unread msg nya tp xsemua mama sempat reply..mama minta maaf sekali lg.. tp mama terbaca satu pos yg sgt menarik perhatian mama dr seorg ibu yg 'addicted' baca posting2 mama tp tak add friend pun sehinggalah terbaca posting "Damai tapi sunyi" ..  Beliau attached foto kedua anaknya yg comel ni.. ingat tak petang td mama post tentang "Damai tapi sunyi".. lokasi yg sama dgn foto kedua anak ini sdg berada, di tepi pantai dkt dgn kedai adek ryfael Almariku D'Cove Pasir Panjang.. mama tak kenal pun ibu kpd kedua anak ini tapi secara kebetulan anak2 kami pernah bermain bersama satu masa dahulu di tepi pantai ini.. masa tu rambut anak2 ni botak lagi.. tp skrg ibunya maklum dah pun jd mcm rambut cendawan mcm kedua Putera mama..sbb ibunya minat tgk rambut putera2 mama masa tu.. alahai.. so sweet..
Perasan tak jauh kt atas foto ni, ada nampak sikit gambar mama, adek ryfael, abg rayyan sdg main pasir..  Buktinya tiap2 minggu mama, ryfael dan rayyan pasti berada disini.. saat yg mama sgt rindui..ingat lg time ni mama tgh main tanam2 model Ultraman dlm pasir, adek gelak berguling2.. Besarnya rahmat Allah kan.. kemanisan ukhwah begini terbina selepas mama kehilangan adek.. kita bertemu sekali lg di FB.. walaupun saling tak mengenali.. posting kali ni membuatkan mama sendiri tersenyum dan terharu.. sbb ada gambar putera jantung hati mama dr lensa camera hamba Allah yg tidak mengenali mama.. :')
P/S: Dlm pic ni adek tgh pakai kopiah tau.. 
“Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah.” (HR. Abu Dawud)

Hari ni mama xmau bg pembaca post2 mama nangis2 lg.. :)

Jadi mama nak cerita tentang Majlis Doa Arwah buat putera mama pada mlm ke-3 mlm ini...siang td selesai ziarah "taman syurga" adek..buat persiapan pula utk majlis pada mlmnya.. alhamdulillah ramai pakcik2 makcik2 yg hadir solat berjemaah Maghrib/Isya mlm ni dan ada slot bacaan Yassin serta ceramah dr ustaz yg kami jemput.. Alhamdulillah majlis kali ini kita buat lain sikit, sbb Putera Ryfael Shah sudah menjadi ahli syurga spt janji Allah.. belum ada dosa jd tak perlu tahlil seperti dewasa..jd kita lebihkan dgn pendekatan kerohanian bg pengisian kita yg masih hidup ni.. Pemergian putera kecil mama byk memberi iktibar yg ajal maut tu tak semestinya tua..tak semestinya sakit.. Tapi ajal maut adalah satu perjanjian kita dgn Pencipta sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi..
Suka mama nak ingatkan, kenduri tahlil arwah/hol 7 hari 7 malam /20/40/100 bukanlah satu sunnah yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w tetapi satu adat/budaya yg dibawa oleh Hindu pada zaman nenek moyang kita dahulu dari Indonesia-Thailand-Malaysia.. Namun demikian, kita harus perbetulkan niat kita kerana amalan tersebut masih ke arah kebaikan..tujuannya utk mengimarahkan rumah keluarga arwah, menghilangkan kesunyian, kesedihan kehilangan arwah, dan peluang bersedekah dlm majlis kenduri tersebut.. Mama sgt2 bersyukur spjg 3 hari majlis doa arwah adek diadakan, rezekinya sgt murah dan tidak langsung membebankan malah menceriakan hati kami yg sdg dlm kesedihan.. byk sgt2 saudara mara & kwn2 yg dtg menghulurkan sedekah,kuih muih, makanan utk kita rasa bersama termasuk la kata2 semangat.. insyaAllah berkat dari semua ini menjadikan mama&papa mampu melaksanakan ibadah korban Aidiladha kali ini.. itu janji Allah.. Setiap musibah yg menimpa pasti akan digantikan dgn sesuatu yg lebih baik..
Namun demikian, mama turut menerima satu berita sedih dari rakan yg bersama2 mama diuji saat menanti anak bertarung nyawa di IJN dari kak Intan Suriaty Ab Rahim .. anak kepada ibu muda yg tabah, Farah.. Adeed Solihin (2bulan) telah kembali ke rahmatullah jam 9 mlm td saat majlis doa arwah adek sdg berlansung.. bertambahlah bilangan anak syurga yg sdg menanti ibu bapanya di sana.. innalillahi wainnalilla hirojiun.. buat Farah.. akak nak berkongsi satu doa yg Farah harus sentiasa sisipkan dlm setiap solat.. utk kekuatan hati dan mohon ketenangan.. doa Ummu Salamah..
Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.”
(Muslim) - InsyaAllah, yakin..dgn janji Allah..
P/S: Skrg ni mama tgh layan tgk TV Al-Hijrah sorg2.. Live dari Mekah/Madinah.. mesti adek tawaf kt sana skrg.. "bye2 mama, tinggal mama cowang2..adek nak pegi Kaabah jap.."