Friday, October 27, 2017

IBU DARI NERAKA.

Pernah digegarkan satu ketika dulu satu video seorang anak kecik dipaksa ibunya menghisap dadah. Ops! ðŸ˜¯ sori, xlayak kot dipanggil ibu tapi ðŸ˜ˆ.
Fikir guna waras akal kita, mana mungkin seorg ibu sanggup merosakkan anaknya. SALAH. Tapi tak salah bg seorang penagih syabu. Dlm banyak2 dadah yg k.nad kenal dlm dunia penagihan ni, Syabu dadah paling GILA! Ia menukar pemikiran seorang manusia dari yg Betul menjadi Salah, yg Salah menjadi Benar. Yang waras kepada gila. Manusia kepada IBLIS NYATA. Lihat kes2 jenayah pelik yg berlaku skrg ni.. semua nya hasil dari graduasi syabu.
Ni k.nad nak ajar. Rupa tools/ peralatan yg diguna dlm pengambilan syabu atau nama kampungnya yg popular kat Sarawak ni.. BATU. Juga ICE/ KACA/ KRISTAL. Skrg ni semakin murah dan semakin mudah didapati. Sbb apa? Sbb ia boleh di proses diblkg rumah anda sendiri. Asal cukup 9 bahan tu, siap la dia.
Skrg ni, RM5 PUN DH BLH DPT, budak2 sekolah pun senang beli dan dapat kat online.
Jadinya, sbg mak bapak. RAJIN2 LA CEK BEG SEKOLAH ANAK @spotcek bilik anak. Kalau ada brg mcm ni, tu bukan la radas2 dr makmal skolah yg anak curi bwk blk utk ulangkaji .. tapi ni la tools utk 'chase' isap syabu.. Jangan nak jadi naif dan jahil tak bertempat dan sibuk psl 99 kata2 fatah amin ke dgn titian sirat cinta je manjang. Tgk sama cita psl dadah kt youtube tu byk skit.
Jangan nanti bila anak dah agresif dan jadi gila, dah mula merompak membunuh.. baru sibuk2 nak tunding jari kat peta malaysia nak salahkan tukang lukis peta tu yg sebabkan lukis rapat2 sgt golden triangle tu jdkan dadah mudah masuk ke rumah makcik.
Nak bagitau jugak, makan batu ni paling cepat nak jadi gila tu dlm 2-3 thn je.. gila tu kalau jd ahli syurga xpa jugak.. tapi gila yg ni menyusahkan anak bini, mak bapak n seluruh dunia. Yg dah makan batu ni, kalau msh waras.. sudah2 lah.. walaupun ulat dlm batu pun boleh hidup. Ulat tu tak susahkan org dan tak tergamak bagi anak dia isap dadah jugak. 


Wednesday, October 25, 2017

Air mata kasih..

Semalam kali pertama abg rayyan tidur di "syurga ciptaan" mama tanpa adek menemani..abang kata nak tido dgn patung kucing adek je sbb adek dh jadi kucing lepas pegi syurga.. Pagi tadi lepas mandi abg rayyan nak pakai baju Melayu yg sama dgn adek masa raya yg lalu.. rayyan tanya.. "mama tu baju adek kan satu lagi tu sama ayen.. Cian adek tak dapat pakai dah kat syurga, adek pakai pampers je.."  Ada2 je abg ni..

Yang mama plg terharu.. Abg rayyan main lori yg mmg sentiasa ada dua..satu adek satu abang.. Rayyan sembang sendiri.. "sapa nak main satu lagi ni.. ya Allah ya Tuhanku.. Bangunkanlah adekku.. Sembuhkanlah adekku.." mcm doa yg abg hafal sejak di IJN.. sambil mengesat air mata.. :')
Utk hiburkan hati putera mama yg kesepian ni.. Mama bawa rayyan ke surau yg terakhir adek pegi bersama mama.. sehari sebelum ke IJN.. adek teman mama solat asar di situ, jln kaki dr kedai kita di Jln. Merdeka sampai termengah2 minta mama dukung.. Mama kata kalau adek ikut mama kena la jln sendiri.. Mama nak ajar adek jd kuat semangat..tabah..terimbau plak kenangan indah..si mujaheed kecil mama tu..
Ptg td abang pula gantikan tempat adek, temankan mama solat asar..abg pun solat..kt tempat adek selalu duduk..dan sedekahkan al-Fatihah hadiah buat adek tersayang.. Kita berpisah jasad syg tp roh kita sentiasa bersama dlm doa..


Dalam keramaian dia masih 'mencari-cari'..

Dalam keramaian dia masih 'mencari-cari'.. "mana adek ma..nak main bubble dgn dia ni abg beli ni.." 
Hanya satu yg tak mungkin kembali..
Hanya satu yg takkan pernah terjadi.. Cari kat mana2 pun takkan ada lagi syg..

Tuesday, October 24, 2017

♡Tips anak penyayang..

Byk menerima pertanyaan tentang ini di inbox.. mama kongsikan di sini supaya ramai boleh baca.. mama bknlah hebat pun dlm mendidik anak2.. anak2 pun kecik lg tak tau mcmana dah besar nanti.. tapi didikan awal tu lebih penting.. terutamanya pada 6thn pertama kehidupannya.. org putih panggil '6 golden years'.. utk didik anak penyayang.. mungkin ini lah amalan mama dulu yg boleh membentuk peribadi anak.. 
1. Sejak kecil hinggalah waktu mengandung sampai lahir rayyan&ryfael.. mama ni sgt syg pada haiwan2 dan tumbuh2an.. suka bercucuk tanam.. anak anjing tepi jln org buang pun mama pungut selamatkan.. bela sampai sihat dan bagi pd shbt2 non-muslim yg sudi adopt..
2. Sejak bayi lg mama ajar anak2 syg pada haiwan.. masa tu mama bela byk kucing.. dan juga tak ajar benci pada anjing.. mama cuma ajar nak sentuh kena guna sarung tgn.. masa kecik2 lagi ajar anak jaga hamster.. lepas tu arnab.. ini utk memupuk sikap tangungjawab dlm diri dia.. cukup la ajar bg mkn minum ikut time n tgk dr jauh tak perlu gomol2.. (tak sesuai utk anak penghidap athma)
3. Bila nak dpt adik.. persediaan utama adalah kenalkan dia pada makhluk Allah yg kecil bakal lahir itu.. dgn cara bawa jumpa kwn2 yg ada baby.. ajar dia baby tu Allah akn bagi pada dia nanti utk jadi abang.. jd kena jaga btul2 mcm sayang mainan.. tak boleh sakiti dia..
4. Beli atau cari satu babydoll yg nampak btul2 mcm baby utk dia belajar sayang dan jaga.. ajar utk jgn bagi jatuh.. jgn cederakan.. kena peluk dan sayang shj.. (ini utk anak yg akn dpt adik rapat dgn umur dia mcm rayyan&ryfael.. beza 1thn shj..)
5. Ketika susukan anak selalulah berzikir 'ya Latif' utk lembutkan hati anak.. yg terbaik adlh susu ibu krn keintiman ketika direct feeding itulah yg buat anak kita mendengar kata ibunya.. jd anak yg taat..
6. Boleh hukum si abang jika dia cuba cederakan adiknya dgn hukuman bukan fizikal. Hukum secara emosi cthnya dibanned dr tonton kartun / mainan kesukaannya utk beberapa tempoh. Kurung dlm bilik utk 1 minit pun tak apa utk pengejaran dia supaya tahu beratnya kesalahan tu. Hukuman emosi lebih memberi kesan pada anak dari disakit cara fizikal.
7. Jgn sakiti dia dgn cubitan atau pukulan jika dia buat salah. Ajarlah dgn penerangan dan kefahaman kenapa benda tu salah.. insyaAllah dia akn faham dan tak buat lagi.. Mama tak pernah cubit pun anak2 mama dr mereka lahir sampailah ke akhir hayatnya..
8. Ceritakan pada anak ttg akhlak Rasulullah.. kenal Allah pada awl usia.. kenal al Quran.. ada rezeki bawa pg umrah.. supaya dia kenal di mana kiblatnya.. dan apa tujuan dia lahir ke dunia.. iaitu menjadi khalifah Allah..
9. Teladan ibu bapa plg penting.. anak akan tiru apa yg ibu bapanya lakukan.. pastikan diri kita cukup baik utk anak contohi.. plg penting jaga tutur kata.. anak ibarat 'tape recorder'..
10. Kalau anak kita buat silap.. itu adalah kesilapan kita.. bukan silap anak.. itulah kesilapan kita mendidiknya..
Gambar: Arwah dedek ryfael yg sgt sygkan abangnya..  masa ni baru blk umrah.. abg rayyan tgh 'baca' al Quran kecil yg dibeli di Masjidil Nabawi..
Bersambung... (baby rayhan dah bangun..)


Thursday, October 12, 2017

Besarnya rahmat Allah..

Assalamualaikum..
Mlm ni mama sempat godek sikit2 inbox yg beratus2 unread msg nya tp xsemua mama sempat reply..mama minta maaf sekali lg.. tp mama terbaca satu pos yg sgt menarik perhatian mama dr seorg ibu yg 'addicted' baca posting2 mama tp tak add friend pun sehinggalah terbaca posting "Damai tapi sunyi" ..  Beliau attached foto kedua anaknya yg comel ni.. ingat tak petang td mama post tentang "Damai tapi sunyi".. lokasi yg sama dgn foto kedua anak ini sdg berada, di tepi pantai dkt dgn kedai adek ryfael Almariku D'Cove Pasir Panjang.. mama tak kenal pun ibu kpd kedua anak ini tapi secara kebetulan anak2 kami pernah bermain bersama satu masa dahulu di tepi pantai ini.. masa tu rambut anak2 ni botak lagi.. tp skrg ibunya maklum dah pun jd mcm rambut cendawan mcm kedua Putera mama..sbb ibunya minat tgk rambut putera2 mama masa tu.. alahai.. so sweet..
Perasan tak jauh kt atas foto ni, ada nampak sikit gambar mama, adek ryfael, abg rayyan sdg main pasir..  Buktinya tiap2 minggu mama, ryfael dan rayyan pasti berada disini.. saat yg mama sgt rindui..ingat lg time ni mama tgh main tanam2 model Ultraman dlm pasir, adek gelak berguling2.. Besarnya rahmat Allah kan.. kemanisan ukhwah begini terbina selepas mama kehilangan adek.. kita bertemu sekali lg di FB.. walaupun saling tak mengenali.. posting kali ni membuatkan mama sendiri tersenyum dan terharu.. sbb ada gambar putera jantung hati mama dr lensa camera hamba Allah yg tidak mengenali mama.. :')
P/S: Dlm pic ni adek tgh pakai kopiah tau.. 
“Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah.” (HR. Abu Dawud)

Hari ni mama xmau bg pembaca post2 mama nangis2 lg.. :)

Jadi mama nak cerita tentang Majlis Doa Arwah buat putera mama pada mlm ke-3 mlm ini...siang td selesai ziarah "taman syurga" adek..buat persiapan pula utk majlis pada mlmnya.. alhamdulillah ramai pakcik2 makcik2 yg hadir solat berjemaah Maghrib/Isya mlm ni dan ada slot bacaan Yassin serta ceramah dr ustaz yg kami jemput.. Alhamdulillah majlis kali ini kita buat lain sikit, sbb Putera Ryfael Shah sudah menjadi ahli syurga spt janji Allah.. belum ada dosa jd tak perlu tahlil seperti dewasa..jd kita lebihkan dgn pendekatan kerohanian bg pengisian kita yg masih hidup ni.. Pemergian putera kecil mama byk memberi iktibar yg ajal maut tu tak semestinya tua..tak semestinya sakit.. Tapi ajal maut adalah satu perjanjian kita dgn Pencipta sebelum kita dilahirkan ke dunia lagi..
Suka mama nak ingatkan, kenduri tahlil arwah/hol 7 hari 7 malam /20/40/100 bukanlah satu sunnah yg dilakukan oleh Rasulullah s.a.w tetapi satu adat/budaya yg dibawa oleh Hindu pada zaman nenek moyang kita dahulu dari Indonesia-Thailand-Malaysia.. Namun demikian, kita harus perbetulkan niat kita kerana amalan tersebut masih ke arah kebaikan..tujuannya utk mengimarahkan rumah keluarga arwah, menghilangkan kesunyian, kesedihan kehilangan arwah, dan peluang bersedekah dlm majlis kenduri tersebut.. Mama sgt2 bersyukur spjg 3 hari majlis doa arwah adek diadakan, rezekinya sgt murah dan tidak langsung membebankan malah menceriakan hati kami yg sdg dlm kesedihan.. byk sgt2 saudara mara & kwn2 yg dtg menghulurkan sedekah,kuih muih, makanan utk kita rasa bersama termasuk la kata2 semangat.. insyaAllah berkat dari semua ini menjadikan mama&papa mampu melaksanakan ibadah korban Aidiladha kali ini.. itu janji Allah.. Setiap musibah yg menimpa pasti akan digantikan dgn sesuatu yg lebih baik..
Namun demikian, mama turut menerima satu berita sedih dari rakan yg bersama2 mama diuji saat menanti anak bertarung nyawa di IJN dari kak Intan Suriaty Ab Rahim .. anak kepada ibu muda yg tabah, Farah.. Adeed Solihin (2bulan) telah kembali ke rahmatullah jam 9 mlm td saat majlis doa arwah adek sdg berlansung.. bertambahlah bilangan anak syurga yg sdg menanti ibu bapanya di sana.. innalillahi wainnalilla hirojiun.. buat Farah.. akak nak berkongsi satu doa yg Farah harus sentiasa sisipkan dlm setiap solat.. utk kekuatan hati dan mohon ketenangan.. doa Ummu Salamah..
Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.”
(Muslim) - InsyaAllah, yakin..dgn janji Allah..
P/S: Skrg ni mama tgh layan tgk TV Al-Hijrah sorg2.. Live dari Mekah/Madinah.. mesti adek tawaf kt sana skrg.. "bye2 mama, tinggal mama cowang2..adek nak pegi Kaabah jap.."

Damai tp sunyi..


Biasanya..setiap hujung minggu..mama bawa adek ryfael & abg rayyan visit kedai adek di Almariku D'Cove Pasir Panjang utk riadah..sambil berniaga sambil bersantai..  kita main pasir..main layang2.. main skuter dedek n go cart abg..swimming.. dh letih.. kita blk sama2 minim air kelapa tp jln..papa bz d kedai.. kali terakhir dtg sini.. seminggu sblm ke IJN..mcm dlm pic ni..adek terlemas skjp..tp xnangis pun..sambung blk swimming..dr situ mama tgk smgt adek kuat..tp lpas tu adek demam.. hrni mama cuba kuatkan smgt ke sini lg.. tp byg2 adek ada dimana2.. abg rayyan kata skrg abg main pasir dgn 'awan' je mama.. mama mmg redha syg.. tp rindu dan kasih syg tu anugerah dt Allah.. yg xmungkin dpt hilang sekelip mata spt ombak meghempas pantai.. tp mama tau adek skrg sdg riang kt sana.. adek boleh trbang2 mcm layang2 yg kita slalu main tu.. Allah jaga adek lebih baik syg..




Tuesday, October 10, 2017

Ketenangan..Anugerah terindah..

Maaf buat semua tertunggu2 dgn cerita putera si jantung hati mama. Sejak malam itu, 3 Zulhijjah 1434H.. jiwa&hati mama sdg fokus bermohon pada Pencipta mohon dibukakan hati utk redha melepaskan putera mama kembali kepada Penciptanya..mama tahajjud, dan ntah apa lg solat sunat yg mama mampu rafakkann dgn tak pernah putus asa..mama doa andai diambil buah hati mama dari pelukan mama mohon digantikan dgn kekuatan dan kesabaran dlm diri mama..keadaan putera mama tenat malam itu dgn tekanan darah yg sangat rendah..mlm itu mama titiskan air zam2 dgn selawat syifa' ke bibir adek..dan mlm itulah Allah bg peluang pada mama utk melihat 3 kali bibir adek bergerak mengecapi air zam2 yg hanya mampu membasahkan bibir adek..tapi mama tahu, mama berdoa supaya Allah mengurniakan rezeki kekenyangan dan hilang dahaga susu buat adek yg sudah 12 hari bertarung nyawa.. ada ustaz nasihat pada mama, mohon redhakan adek pergi, sbb skrg stgh jiwanya ingin kembali pada mama..namun stgh lg harus kembali pada Penciptanya..
Pagi 4 Zulhijjah 1434H.. mama&papa ke tempat adek di ICU..dikala papa membacakan Yassin, Allah bukakan hati mama untuk bisikkan ke telinga adek.. "adek..kalau adek kuat lg..tolong bertahan dan kembali pada mama syg..tp syg kalau Allah nak jaga adek..adek pergilah ke taman syurga dek..MAMA REDHA".. mama cium adek sepuas hati..mama cuba suapkan air zam2 lagi..bibir adek tak bergerak kali ni.. tp jari adek genggam jari mama tp sedetik..adek xmampu lwn lg ubat tidur tu..mama tak sanggup nak tgk adek sakit dgn tiub dan wayar mcm ni lg..mama tak sanggup adek terbaring kesejukan dgn pampers shj dibadan..ya Allah sejak lahir sungguh tak pernah mama tak mampu melindungi adek dr ketakutan, kelaparan dan kesejukan spt apa yg adek rasakan skrg..hanya berharap Allah melindungi adek dr segala kesakitan tu..mama harus redha kalau adek pergi.. terus mama ke surau di tingkat 5 utk solat Dhuha mohon ketenangan andai adek akn pergi tinggalkan mama sebentar lagi..tp jauh dlm hati masih mengaharapkan keajaiban itu..
Selesai solat Zuhur, mama menerima panggilan dr papa bgtau nurse dah panggil utk temankan dedek dan terus mama berkejar ke ICU..jantung adek sgt lemah..waktu itu..mama ucapkan kalimah syahadah pada telinga comel adek berkali2...mama cium seluruh tubuh adek sepuas2nya..cium ketiak adek yg adek suka tunjuk kt mama dulu puas2..mama ucapkan mama redha adek pergi..semua ahli keluarga dtg mengucup adek dan bacakan Yassin..mama tunggu detik itu sambil berzikir utk adek "Astaghfirullahul azim, allazilailahailla huwal hayyul qayyum wa atubuilaik"..mama teringat pada abg Rayyan yg sdg duduk tunggu di tepi katil adek..terus mama dukung abg Rayyan duduk atas katil adek.. mama ajar abg Rayyan cakap.. " Adek, adek pergi dulu tau..tunggu abg kat syurga...nanti Allah jaga adek.." mama ajar abg Rayyan kalimah syahadah utk diucapkan ke telinga adek..abg Rayyan kucup dahi comel adek..."sayaaanggg adek..mmuahhh"...denyutan jantung adek yg masih terbuka tu terhenti...dan innalillahiwainnalillhirojiun.. terus adik pergi..ke Taman Syurga.. 2.20pm, 4 Zulhijjah
Selesai itu, mama&papa diminta keluar sbb nurse nak buka semua wayar yg menyakiti adek selama ni..bila selesai..mama dan papa dipanggil semula utk memeluk adek buat terakhir kalinya.. siap dibungkus dlm kain batik.. entah kenapa mama tersenyum melihat wajah adek dan terus kucup adek sepuas2nya..tanpa airmata..mama rasakan SATU KETENANGAN yg luar biasa bila kembali dapat memeluk adek tanpa sebarang halangan..puas mama dukung, papa dukung adek ke bawah bilik jenazah utk dimandikan.. tubuh adek yg comel mama mandikan buat kali terakhir..wangi..bersih..dgn bimbingan ustaz yg memperlakukan jasad adek dgn penuh kelembutan..dgn shower air suam yg adek cukup suka masa hayat adek..bersih dimandikan, dikafankan, tepat waktu azan Asar berkumandang spt saat jantung adek mula berdegup kembali setelah terhenti 4 hari..adek di solatkan oleh ramai keluarga kita..terus berjemaah Asar..adek disiapkan ke dalam keranda kecil yg comel utk diterbangkan ke tanah lahir adek jam 10mlm nanti bersama2 mama,papa,abg Rayyan, maktok, wan, maknek & paknek..adek kan suka naik kapal terbang.. alhamdulillah perjalanan adek sgt dipermudahkan..
Jam 1am, Sampai shj ke rumah paknek..saat semua ingin melihat wajah adek..mama buka helaian kafan yg membaluti adek..mulanya mama risau keadaannya krn adek ditempatkan di bhgn kargo.. tp Allah Maha Penngasih&Penyayang.. wajah disebalik kafan itu mengeluarkan cahaya yg berseri2 dgn bibir merah bak delima, kulit yg masih kemerahan, kening & bulu mata yg kemas tersusun..bagaikan seorang putera yg sedang lena..wajah tersenyum,bibirnya terukir satu senyuman yg indah dan sgt tenang Subhanallah..mama bersyukur dianugerahkan ahli syurga ini..mlm itu mama temankan tidur disebelah adek macam selalu..utk kali terakhir..
Persemadian adek dilaksanakan pagi jam 10.30am dikala ramai hamba Allah dtg ingin mengucup dahi putera mama yg sedang lena itu buat kali terakhir..pemergian adek membawa rahmat, mama dpt ramai sahabat baru yg ikhlas menyayangi adek, hubungan keluarga yg terpisah menjadi erat..syukur ya Allah..mama dukung jenazah adek dr pembaringan ke dlm van jenazah hingga ke tanah persemadian adek..seperti mana mama mendukung anugerah terindah mama saat kelahiran adek 14 Januari 2011..seperti itu juga mama mendukung dan menyerahkan kembali anugerah ini kepada Penciptanya..dan papa baringkan adek ke liang lahad..saat itulah baru airmata mama mengalir tanpa henti sbb tak dpt lg menjaga dan melindungi adek buat selama2nya..adek jgn takut..bacaan talkin pun tak perlu lg utk adek..para malaikat akan temankan adek nanti..Allah akan jaga adek..tunggu mama, papa, abang Rayyan di syurga..
Mama sgt bersyukur Allah telah meminjamkan adek pada mama dgn segala kenangan terindah hingga adek mampu membawa mama,papa, abg Rayyan dan maknek hingga ke Tanah Suci..adek ckp haritu adek nak pergi Kaabah jap je kan? Sbb lepastu adek terus ke syurga..adek pergi pada Hari Wukuf ke 4 Zulhijjah 1434H dan hari ke 7 adek meninggalkan dunia ini jatuh pada Aidiladha 10 Zulhijjah 1434H insyaAllah..istimewa sungguh putera mama.. Putera syurga mama Putera Ryfael Shah..segala urusannya dipermudahkan.. Terima Kasih pada ahli keluarga yg amat banyak membantu dan sahabat yg memberi semangat..sesungguhnya kekuatan dan semangat mama dtg dari doa semua...semoga sillaturrahim kita berkekalan..Dengan izin Allah s.w.t..
Surah Yassin:
[82]
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
[83]
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.

Lena di sisi jenazah..

Tak semua ibu dapat pengalaman ni kan… tapi mama melaluinya.. J malam td.. selesai urusan adek diterbangkan dr KL-KCH dan dibaringkan di rumah maknek… jam 1am, mama dah keletihan… keletihan 12 mlm menyaksikan perjuangnadek utk terus hidup kembali pada pelukan mama.. keranda adek dibuka oleh papa jai, uncle im, pak ish.. dlm keadaan sejuk membeku berasap2 dgn dry ice.. bila tgk wajah adek, aduhh comel nyaaa.. bibir merah2 delima.. bulu mata panjang lentik ibarat sang putera yg sedang lena.. lena yg sangatttt lama.. bukan tak mahu, tapi gambar itu terlalu mahal dan besar nilainya utk mama ambil dan disimpan di hp utk disebarkan.. biarkan tersemat dlm hati mama selamanya.. ekslusif..
Malam ini, mama lena disisi jenazah si jantung hati mama yg sedang lena selamanya.. dia tidak lagi bernafas, tidak lagi menangis, tidak lagi bernyawa.. tiada lagi celoteh dia sebelum lena yg tak pernah henti selagi matanya belum terpejam.. tiada lagi tangan yg merangkul tengkuk memeluk mama sampai lena.. dia kejung disitu… sambal mama baring disisi..

Mama lena disebelah jenazah adek, hingga jam 3 pagi.. mama terbangun sbb teringat adek nak susu.. Bila mama bangkit nak bancuhkan.. bagai dipanah petir bila baru teringat anak mama tidak lagi akan merintih minta susu… dia dah tak ada.. TAK ADA, faham tak nadia? TAK ADA tu betul2 TAK ADA..  tapi air mata mama masih belum lagi mahu gugur.. mama hanya tersenyum melihat wajah suci yg terbujur kaku tu.. mama peluk dan lena semula di sisi jenazah dingin yg dirindu.. itu malam terakhir kita.. semantara menunggu esok.. jasad kita akan terpisah selamanya.. antara langit dan bumi.. tubuh comel adek tidak akan dapat lagi mama peluk begini.. lena lah sayang…





Disebalik Kain Putih...

Alhamdulillah..segala urusan putera sy sgt dipermudahkan.dh selamat smpai ke kch, sarawak.. disebalik kain putih ini.. ada wajah ahli syurga yg membuatkn mama tersenyum smpai saat ini.. mama masih belum menitiskn airmata pun kerana ketenangan wajah dedek sejak mengembuskn nafas terakhir.. wajah yg membuatkn semua org yg mencium dahi dedek tersenyum..wajah mujahidin.. dgn izin Allah esok akan disemadikan jam 9.30am di Tanah Perkuburan Islam Semariang..jemput hadir utk sampaikan sayang pada Allahyarham Putera Ryfael Shah bin Ahmad Shahfikri..al Fatihah..

Monday, October 9, 2017

Adek Ryfael telah kembali kepada Penciptanya

Assalamualaikum..adek Ryfael telah kembali kepada Penciptanya pd 4 Zulhijjah jam 2.20pm td..slps ucapan kalimah shahadah kucupan syg dr abg Rayyan..semoga tenang di taman syurga dlm jagaan Allah..al Fatihah..

Hrni mungkin kita terpaksa lepaskan Putera Ryfael Shah pergi perlahan2

Assalamualaikum..
Hrni mungkin kita terpaksa lepaskan Putera Ryfael Shah pergi perlahan2..kita semua harus redha dan sedekahkan Yassin utk dedek pergi dgn aman.. Allah akn menjaganya lebih baik disana.. Allah Maha Pengasih dan Penyayang..

Sunday, October 8, 2017

Hujan airmata..

Tghari td saat mama sdg bacakan Yassin disisi dedek..mama&papa dpanggil kaunseling oleh doktor dan kaunselor..berita sedih..3 organ penting adek dh mula shutdown..buah pinggang..liver..dan paru2..bdn dedek mula membengkak..kesan dr tekanan darah rendah yg dedek lalui beberapa harini..buah pinggang xlg berfungsi..mama&papa disuruh mula menerima kenyataan.. sekali lagi..harapan tipis..tp masih harus terus berdoa..abg rayyan pun dh dibenarkan utk jumpa adek..cium dahi adek..rayyan panggil2 adek bgn la dek abg dtg ni.. 
"la haula wala quwwata illa billa.."

Maaf mlm ni mama kurg smgt dr nk post apa2

Maaf mlm ni mama kurg smgt dr nk post apa2.. Adek ryfael tenat.. Mama rayukan doa dan bacaan Yassin utknya.. Rabbi yassir wa la tu assir..

Thursday, October 5, 2017

Abang yg tiap2 hr dtg bwk mainan baru nak main dgn dedek..

Assalamualaikum...pagi ini kita mulakan dgn doa mohon semua anak2 di PICU IJN ini kembali sihat dan dpt kembali ke pangkuan ibubapa mereka seperti sediakala...video ni doa dr abg dedek, Putera Rayyan Shah yg tiap2 hr dtg bwk mainan baru nak main dgn dedek..sabar ye abang..dedek pun lama dh tunggu nak main dgn abg..kita sabar sikit je lg..dgn izin Allah... 


Wednesday, October 4, 2017

Dr. Mazni - Bagaikan malaikat..

Syukur kepada Allah yg Maha besar..prosedur stenting yg dijalankn ke atsdedek ptg td menunjukkan kesan positif..bagaikan malaikat Dr.Mxxxxx turun pdg membantu mencari ikhtiar merawat dedek..dlm doa mama biarlah apapun yg nak dilakukan ke atas putera mama..semahunya biar lah di tangan hamba Allah yg memulakan segalanya dgn 'Bismillah..' krn 3x kegagalan sblm ini tidak dimulakan dgn kalimah Allah.. 
Alhamdulillah.. kali ini entah dr mana Allah turunkan org2 ini..yg berselawat saat menyarungkn sarung tgn sblm menyentuh dedek...yg berzikir saat menolak katil dedek dr ICU ke makmal kardio..dn semua lelaki2 ini termasuk Dr.Mxxxxx yg kelihatan tenang dan sejuk mata memandang dan mengucapkan insyaAllah akn bantu dedek sedaya mungkin..walau semudah dihujung lidah namun ayat2 Allah sgt menenangkan..berbanding kegagalan operation2 dedek sblm ini.. stkt ini perkembagan baru jantungnya yg sudah dipasang stent nampak positif..namun masih sgt kritikal..mudah2an ada lg perubahan esok hari Jumaat yg mulia genap seminggu dedek 'tidur' di ICU...jgn putus berdoa..apa yg berlaku skrg berkat doa kita semua.. mama masih kesedihan terkenangkan arwah Nurdania yg br sebentar td kerandanya diusung lalu sblh tmpat mama tdo utk dimandikan dan dikafankan.. mama belajar hrni..sehebat manapun kasih syg seorang ibu pada anaknya..kuasa Allah yg Maha Mengetahui itu lebih hebat..perancangan dr Nya mungkin lebih baik buat mama Nurdania..bkn mudah nk dptkan tiket ke syurga wahai ibu yg tabah.. mama masih bersyukur Allah masih izin dan pinjamkan adek ryfael pada mama&papa 1 hari lg..subhanallah..

Pengharapan..

Hari ini agak lapang sedikit bg mama krn kurg panggilan2 emergency..Allah tahu adakalanya mama perlu berehat dr sentiasa bersedia mendengar sbrg perkhabaran.. sempat utk mama berfikir 9 hari spjg berada di ICU ni menemani putera jantung hati yg sedang bertarung nyawa..mama sebenarnya sdg 'diajar' tentang erti PENGHARAPAN.. mungkin dulu mmg tiap2 hr mama solat..tp mungkin solat dgn lidah dan tubuh bdn shj.. namun skrg mama baru kenal makna solat dgn hati, sujud ke bumi menghadap Allah dgn penuh pengharapan.. Pengharapan itu 100% kepada Pencipta yg menghidupkan dan mematikan hamba ciptaanNya.. hidup/mati itu bkn di tangan doktor, pakar bedah, mahupun kecanggihan teknologi yg manusia cipta.. tanpa izin dr Allah semuanya langsung tiada makna.. mama jrg berdoa di FB.. sbb mama type kt FB sepanjang manapun doa tu utk dibaca oleh org lain.. bukan terus dr hati mama kpd yg Maha Kuasa.. mama cuma mohon semua panjangkan doa buat anakanda tercinta sbb dgn kuasa FB boleh menjadikan seorg itu jutawan..tp mama mahu FB mama menjadikan putera mama jutawan doa spt para mujahidin...
Jarang tiap kali terdengar azan hati rasa tersentuh.. Allahu Akbar= Allah Maha Besar, tapi disini mama baru faham erti laungan azan yg indah terutamanya waktu asar saat jantung dedek kembali berdenyut 1 Oktober yg lalu..azan yg menyebabkan air mata menitis..indahnya saat itu.. terasa syahdu spt saat azan di tanah suci Mekah saat umrah bersama dedek dulu..saat dia masih berlari2 mengejar burung merpati di luar Masjidil Haram.. rindu ya Allah..


Mama rindu kamu sayang..

Assalamualaikum dan selamat menunaikan fardhu Subuh..
Sedar tak sedar hari ni dah 27 Oct.. genap sebulan gambar terakhir kita bersama ni sayang.. Gambar putera mama yang susah nak senyum ni, sebelum masuk ke dewan bedah utk dibius.. ALLAH bagi mama byk 'masa tambahan' utk mama bersama adek hingga terpaksa tunggu 4 jam lewat dr sepatutnya adek operation.. Gambar kita bersama semasa adek masih sedar lagi bersama mama, hingga mama hantar adek ke katil bedah dan adek takkan pernah bangun lagi hingga kini..peluk cium mama buat yg dirindui, moga sampai ke syurga.. Putera mama sentiasa dalam peliharaan-Nya sebaik2 Penjaga..pagi yang indah ini..marilah kita berzikir pada-Nya..

DEDEK SAKIT APA?

Sementara ada masa menunggu asar..tinggalkan dedek berehat di ICU jap..mama menjawab pertanyaan ramai yg inbox adek sakit apa.. ok, dedek dilahirkan dgn penyakit jantung kongenital Tetralogy of Fallot (TOF) -> http://en.wikipedia.org/wiki/Tetralogy_of_Fallot yg sebelum ini sedikit pun tak mengganggu tumbesaran/aktiviti/kecerdikan dedek.. tp dah sampai masa pakar dah tentukan giliran utk jantung dia buat 'total repair' utk kebaikannya di masa hadapan.. 24 Sept 2013, mama&papa bwk la ke IJN.. 3 mlm bermalam di wad, dedek bermain seperti biasa..sihat..cergas.. Jumaat 27 Sept 2013 tiba saat operation.. dan sejak dr itulah bermula komplikasi pembedahan ke atas adek..prosedur yg sepatutnya hanya 1% kegagalan telah ditakdirkan berlaku ke atas adek hingga terpaksa menjalani beberapa kali 'reopen' dan 'RVOT restructioning' yg aKhirnya menyebabkan jantung dedek tidak mahu lg mengepam semula setelah diberhentikan dan disambung pada mesin bypass.. tp Allah Maha Berkuasa, jantung adek berjaya mengepam semua stlh 4 hari direhatkan dan bergantung pada mesin Extracorporeal membrane oxygenation (ECMO) yg mengambil alih tugas jantung nya.. namun demikian keadaan masih belum stabil kerana low blood pressure dan saluran yg sepatutnya dibesarkan masih belum mencukupi utk menyalurkan darah ke paru2 dedek.. Dan jln alternatif terakhir utk menyelamatkan keadaan krn pembedahan sekali lagi mungkin mustahil utk dilakukan.. 4 Oktober 2013, Prosedur 'stenting' -> https://www.google.com/#psj=1&q=stenting , terpaksa dilakukan kepada saluran tersebut yg risikonya sgt tinggi dgn keadaan dedek yg sgt lemah.. hingga hari ini..dadanya masih belum ditutup "chest open" bg persediaan apa2 yg akn berlaku selepas ini.. keadaan masih belum stabil dan mama sgt berharap semangat adek tetap KUAT disitu..dan kembali kepangkuan mama&papa dgn sihat spt sediakala..seperti dulu..TERUSKAN BERDOA..hanya itulah yg mampu kita lakukan skrg..Yakin pada kebesaran Allah yg Maha Mengetahui..semua yg berlaku adalah Dgn izin-Nya..
P/s: Gambar sekadar hiasan..lebih kurg begitulah keadaan dedek skrg dgn 'chest open'..

Mlm ke-8 dan di ICU..

Assalamualaikum... mlm ke-8 dan di ICU.. jam 1 pagi..mama br lepas dodoikan dedek dgn selawat syifa' sblm tidur, sapukan air zam2 pada ubun2&bibir adek .. ingatkan nak bacakan ayat manzil tp tertinggal plak kt bilik menunggu... dedek kali ni tidur lena.. jrg dah bgn bila mama dtg sejak operation semalam.. rindu plak nk tgk reaksi dedek angkat2 kening..geleng2 kepala nak tgk mama.. x apalah.. biarkan rehat cukup.. xpyh la misi injek sedatif byk2 pada dedek.. stkt ptg td hingga mlm ni..tak byk perubahan malahan tekanan darah dedek byk kali drop dan hanya naik dgn full support ubat.. ya Allah..sampai bila lah dedek nak menanggung semua ni..siksanya tgk dia bernafas dgn ventilator, namun mama bersyukur sbb dedek xperlukan support machine mcm dulu..sungguh putera mama ni KUAT SEMANGAT..walaupun recovery agak slow, urine pun kurg so terpaksa tmbah lg dialisis utk adek..mungkin sbb jtg dedek dh byk kali 'diusik'.. namun mama masih berharap semuanya akn ambil masa tetapi yg penting adik sembuh seperti dulu.. utk mlm ni.. mama dh download bacaan indah untuk menemani dedek sepanjang mlm --> http://www.youtube.com/watch?v=ncwUdOiqibs , hp tu mama tinggalkan dlm beg teddy bear atas kepala dedek yg penuh monitor tu.. bacaan Al Ruqyah Al Shariah Full by Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy utk menemani adek spjg mlm..taklah dedek lonely sgt dgr mesin tett tett tett tak sudah2 tu.. dah pesan kt misi biarkan dedek dgr smpai pagi selagi battery hp tu tak kong.. misi pun ok.. alhamdulillah.. mama kiss dedek goodnite.. mama xpegi mana2, mama tido kt dpn pintu ICU je.. esok subuh mama dtg lg utk yassin goodmoning ye cyg..adek botak yg comel.. 


Hari ini rasanya yg last mama boleh share gambar dedek ...

Hari ini rasanya yg last mama boleh share gambar dedek yg terkini dlm keadaan xbest ni.. kesian jugak dia tp rasa gambar2 ni bg aura xsihat utk dia..lpasni mama nak post status2 dgn pic dedek yg senyum gelak tawa masa sihat dulu..boleh kan...  jd kita taklah rasa kesedihan dan sentiasa berlinang airmata time baca posting2 mama.. jd jiwa kita semua ke arah yg positif.. nanti...kalau dgn izin Allah dedek dah lebih sihat.. mama akn post gambar tu.. gambar senyuman dan mata bulat yg mama rindui... gambar ni pagi td masa papa n mama pg tgk adek utk yassin goodmorning... nampak dah ada bedsore baru kt kepala sblh kanan pula..bedsore lama mcm dh mula berdarah.. harap cepat baik.. dan harap dedek xrasa sakit.. progress pagi ni masih sama, smlm dah masuk Platlet dan ada sdikit improvement blood presure.. tp urine masih belum ada, still on dialisis... mama nampak badan dedek mcm kembang je.. mungkin bloating sbb on drip je..lama dah perut tu xmasuk susu..tp mama rasa Allah maha kaya.. Allah setiasa kenyangkan perut dedek..amin.. ok, spt biasa..masa utk solat Dhuha...jom teman mama..  p/s: oh ya.. beg kecik teddy bear ats kepala dedek tu ada henpon mama yg sentiasa mainkan ayat2 Quran utk temankan dedek sementara mama tak ada disisi sepanjang mlm...semoga adek rasa tenang berehat dlm tidur yg lena..pls teruskan berdoa dan Yassin buat putera si jantung hati..

1 Zulhijjah..

Salam semua..mama baru je lpas bacakan yassin goodnite, dan ayat2 manzil utk dodoikan dedek mlm ni.. tenang je wajah dia..bibir merah2 delima.. progress masih sama..mama xsedih..mama rasa special sbb esok hari bonus utk putera mama ni sbb 1 Zulhijjah..doa2 kita mungkin lebih didengar utk dedek..kita ada 10 hari yg istimewa ini sementara dedek masih 'tidur'..kalau adek kuat...semangat tu kena tambah lg..mama hrp sblm raya haji dedek dah celik mata..dpt kita bertakbir raya sama2 syg..mcm mp3 takbir dlm hp mama yg dedek suka dgr tu..mama harus positif,mama dh xnangis2 dah.. dedek mesti suka..  mama dah on mp3 bacaan ayat Quran kt katil adek utk teman adek spjg mlm..esok subuh mcm biasa..yassin Goodmorning..mmuahh..kiss dahi upin ipin dedek..mlm ni mama pun nak dgr bacaan yg sama supaya kita mcm tidur sama2 mcm sblm2 ni..

Tuesday, October 3, 2017

Bila TUHAN ingin BERBICARA padamu..

Salam semua..pagi ni mama tukar jadual..pg jumpa adek jam 4am utk yassin slmt pagi sbb mama xdpt tido..patutla xdpt tido..bila mama tgk adek rupa2nya blood presure tgh menurun..ya Allah..kuatkanlah anakku..masuk waktu Subuh tinggal dedek skjp mama ke surau..selesai solat utk 1st time mama try baca al-Mathurat..mama tjumpa sepotong ayat al-Quran yg menyentuh hati dan rasanya sesuai diamalkan utk adek ryfael tercinta..jom kita cuba amalkan sama2..dan niatkn utk kesembuhan semua anak2 kecil di IJN ni..semoga semua kembali kepangkuan ibubapa dgn sihat sejahtera..amin..lpasni terus solat Dhuha..timing dh tepat insyaAllah.. 
(26) Katakanlah: Ya Tuhan yang memiliki
segala kekuasaan.Engkau berikan
kekuasaan kepada barang siapa yang
Engkau kehendaki, dan Engkau cabut
kekuasaan dari barang siapa yang Engkau
kehendaki dan Engkau muliakan
barangsiapa yang Engkau kehendaki. Di
tangan Engkaulah segala kebaikan.
Sesungguhnya Engkau atas tiap-tiap
sesuatu adalah Maha Kuasa.
(27) Engkau masukkan malam kepada siang
dan Engkau masukkan siang kepada
malam, dan ”Engkau keluarkan yang hidup
dari yang mati, dan Engkau keluarkan
yang mati dari yang hidup. Dan Engkau
memberi rezeki siapa yang Engkau
kehendaki dengan tidak berkira.

Hargai anakmu selagi dia masih "ADA"..

Entah kenapa hrni jiwa mama tlebih sentimental skit..sbb kt surau tkt 3 IJN terdengar suara budak2 menangis..hrni juga genap seminggu xdgr tangisan adek yg dulunya mama xsuka dgr dn suruh diam..skrg dh diam..1mgu..dulu..stp kali solat..ada sorg budak kecik tunggu kt bucu dpn sejadah mama dn naik ke riba mama lpas salam dan tadah tgn baca al fatihah ikut mama..kdg2 mama mrh dia sbb sengaja duduk ats sejadah time mama nk sujud..dia merajuk pastu lari..tp skrg budak tu tgh terbaring..terkulai..layu..dgn wayar berselirat.. ya Allah..rindu sungguh..adek skrg 2thn 8 bln..dah pandai smbhyg dan brdoa..Allah maha pengasih penyayang pasti makbulkan doa dedek nak bgn peluk mama kan..selalulah ingat..jgn marah anak2 tanpa sbb..kita tak tahu smpai bila Allah pinjamkan dia pada kita..

Dadanya di BUKA SEMULA..

Patutla rasa xsedap hati semalaman..xdpt tido..rupa2nya ada lg ujian dr Nya..5 minit td pakar bedah panggil mama&papa maklumkn tekanan darah adek masih rendah dn ini xbaik utk dia..so apa yg boleh ikhtiar lg adlh REOPEN iaitu buka blk dada adek bt kali ke 4 utk tgk apa yg xkena tghari nanti..samada jangkitan kuman atau ada lg yg xkena..ya Allah..mohon dugaan yg diberi masih tertanggung..xsanggup rasanya dada anak disiang2 mcm perut ikan..4 kali..astaghfirullahulazim..mohon doa semua yg tak pernah putus..

Stent.. jalan terakhir..

Assalam..skrg dedek sdg menjalani prosedur stenting yg very very very high risk utknya sbg ikhtiar terakhir..tolonglah berdoa dn yassin tak putus utknya..Allah maha pengasih dan penyayang..

Monday, October 2, 2017

Gelandangan IJN...

Menjawab pertanyaan ramai inbox..mama n papa tdo kt mana? Kt sini la..bilik menunggu dpn pintu ICU IJN ni..dh 6mlm dh bergelandangan kt sini..sbb doc ckp mesti sentiasa standby utk dipanggil if ada brlaku emergency pd adek..so sng sign concent..mama pun xmau jauh dr adek..biar dekat walau jauh di mata..goodnite.. 

Dalam banyak-banyak luka.. luka ini paling PEDIH

Salam syg semua..sori hrni lmbat skt update ttg dedek..bz melayan pelawat yg xputus2 bg sokongan..alhamdulillah.. lepas Zuhur siang td mama cpt2 pg tmnkan dedek utk bacakan yassin..kali ni nurse dh palingkan kepala dedek ke sblh kanan sbb dh xada halangan branula besi dr mesin kt jtg dedek dh..nampakla bedsore dedek tu..ciannyer..kalini mama nk try dedek sbb suka sgt struggle nk bgn tiapkali mama dtg..mama buat2 baca yassin mcm slalu mata dedek terkedip2 la..bibir tu ketap2 nk telan air zam2 yg mama sapu kt bibir..kalini tgn yg penuh tiub wayar tu nak bergerak2 plak..mama saja xpanggil nurse sbb kalau dia tau mesti dedek kena shot paralysed n morphin tmbahan lg..sbb mama nk tau apa yg akn berlaku if dedek sedar..n make sure dedek dgr stp patah ayat yassin yg mama baca..tiba2 nurse dtg nk tmbh dos ubat2 dlm wayar2 bdn dedek..ternampak plak kening dedek trangkat2 nak buka mata tp xdpt..alamak kantoi la plak..kena shot la paralysed lg..ciannyer...tp tu la..if dedek sedar.. blood pressure jd turun lg bhya..teruk la mama ni kan..hmm tidurlah syg..mama teruskan yassin lg.. Mlm ni pula mcm biasa 12pm mama dtg lg jumpa dedek utk yassin goodnite dn dodoi selawat syifa dgn setitis air zam2..masuk hrni dh 6hr setitis susu pun blum masuk dlm perut dedek..teringat rayuan dedek masa dlm bilik OT sblm di bius..sbb dh lama sgt dokter tangguh puasa dedek dr 6am smpai jam 3ptg.."mama..adek lapa ma.."..3x dedek ulang..sayu hati mama tp setitis air pun mama xbleh bg..sedih kalau kenangkan..sbb itu hingga saat ini mama pun puasa bersama dedek..hmm sambung blk cerita..kali ni nampak btul2 tidur dedek xbg respon mybe nurse dh bg highest dose morpine kt dia sbb tau mama nak dtg..xapalah..janji dedek btul2 rehat utk hr esok plak..mama cium dahi upin&ipin dedek puas2 yg kuat bau iodin nya sbb itu shjlah bhgn yg mama blh sentuh sbb tmpat lain tiub wayar berselirat.. selawat syifa skjp..esok lpas subuh mama dtg lg utk yassin slmt pagi dedek..tidurlah intan..assalamualaikum  doa mohon putera ryfael shah kembali spt sediakala...amin..





Sunday, October 1, 2017

Dedek berusaha nak bgn..terkelip2 mata..tgn genggam jari mama dn yg best kali ni kaki tu nk tendang2 dh..

Mama bacakan yassin sblm tidur utk dedek di icu td tepat 12am..spt biasa dedek berusaha nak bgn..terkelip2 mata..tgn genggam jari mama dn yg best kali ni kaki tu nk tendang2 dh..saat mama baca ayat kursi blum smpat yassin pun..mcm biasa nurse tpaksa suntik lg sedatif lg sbb xnak dedek sedar dn merasa sakit sbb dadanya blum ditutup..nampakla denyutan jantung kt dada dedek yg ditampal dg 'selotep' transparent shj..kuat anak mama..ya Allah..progress so far so good tp masih kritikal dn belum stabil..perlu 72 jam lg utk tentukan kestabilan jtg dedek..teruskan doa syg semua..ha suprise td adalah..dedek dh dibotakkan licin mcm upin&ipin sbb dh ada mcm bedsore merah sbb baring trlalu lama..mama izinkan je nurse buat demi kebaikan dedek..nanti kita buat rambut 'cendawan' lg ye syg..bg sihat dulu..nak snap pic td bg kwn2 tgk xsmpai hati plak..biarlah kwn2 semua tgk dedek yg dh sihat je insyaAllah..teruskan berdoa utk buah hati kita..putera ryfael shah..trsyg..

JANTUNG DEDEK BERDENYUT SEMULA..

Allahuakbar..berkat doa kita semua..JANTUNG DEDEK BERDENYUT SEMULA..Allah Maha Besar..teruskan berdoa hingga dedek membuka mata..Amin Ya Allah..masa 24 jam lg utk pastikan dia stabil..

Saat ini mesin support dedek sdg cuba diberhentikan..

Saat ini mesin support dedek sdg cuba diberhentikan..mohon doa.. Ya Allah..Ya Rahman.. Ya Raheem

Runtun hati mama tiap kali dedek dgr suara mama saat mama sapukan air zam2 ke bibir dan dahi dedek..

Sblm tidur..mama dgn papa tmnkan dedek di icu dn bacakan yassin lg..mama dodoikan dedek selawat syifa mcm yg biasa mama buat sejak dedek lahir ke dunia.. runtun hati mama tiap kali dedek dgr suara mama saat mama sapukan air zam2 ke bibir dan dahi dedek..mesti dedek berusaha semahunya utk buka mata yg dh berplaster..tgn2 bergerak2..bibir tringin nak telan air zam2 tu..mesti dedek haus kan..tp wayar penuh dlm mulut dedek..mesti hati dedek nk meloncat peluk mama mcm slalu..smpai nurse terpaksa suntik lg ubat tidur pada dedek tiap kali mama dtg..nurse kata smgt dedek kuat sgt nak bangun dr ubat tidur stp kali mama dtg..tp xblh syg..adik akn rasa sakit yg teramat kalau sedar..nurse nasihat jgn terlalu dekat dgn dedek kerap sgt takut hatinya meronta nak bgn sbb dia kenal suara mama..dia dan jantungnya perlu rehat utk menghadapi hari esok..doakan dedek kuat esok kwn2 semua..doakan jantungya berdenyut semula saat mesin dihentikan..ya Allah.. Ya Rahman..ya Rahim..