Tuesday, February 26, 2013

Sabarlah saat diuji.. pimpin tanganku ke syurga..



Lama mama tak tulis karangan pjg2 kt sini kan.. mesti ada yg rindu.. si kecil Rayhan dah lena.. bolehla menulis.. sepanjang beberapa minggu akhir2 ini.. mama sdg 'sibuk bersabar' menghadapi pelbagai dugaan2 yg Dia turunkan... adakalanya rasa putus asa tu timbul.. tapi mama tersedar tiap kali putera syurga mama 'menyapa'.. dia sering 'ingatkan' mama.. jika dugaan kehilangannya dulu adalah ujian terbesar mama mampu tanggung.. kenapa ujian2 sekecil ini silih berganti mama tak mampu? Terima kasih syg mama yg jauh dimata.. mama tahu adek sentiasa nak pimpin mama ke syurga.. jadi mama hanya solat.. sabar dan solat.. mengadu pada yg Maha Pencipta.. dedek ajar mama erti KESABARAN yg sgt tinggi dgn cara tersendiri...
Ujian2 biasa yg kita akn lalui sehari2 selama hidup ada pelbagai.. bila kita merasa suka.. selepasnya pasti ada duka.. waktu suka kita jarang ingat pada yg memberi kesenangan itu.. sehinggalah ditimbulkan rasa duka.. yg pastinya akan lebih mendekatkan kita pada yg Maha Pencipta.. org yg byk diduga itu.. selalunya lebih dekat pada Allah..
Bagi hamba Allah SWT yang beriman, hidup adalah ujian. Selama hidup, selama itulah kita diuji Allah SWT. 
''Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun.'' Al-Mulk 67: 2).
Bila mama membaca tulisan2 ilmuwan Islam.. asasnya ada tujuh ujian hidup yang wajib kita ketahui. Insya Allah, Allah akan luruskan dari ujian2 Nya, sehingga meraih gelar 'sobirin dan mujahidin' di sisi Nya.. 
''Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu.'' (Muhammad 47: 31).
#Pertama, ujian berupa perintah Allah, seperti Nabi Ibrahim diperintahkan Allah SWT menyembelih putera tercintanya bernama Ismail.
#Kedua, ujian larangan Allah SWT, seperti larangan berzina, rasuah, membunuh, mencuri, sogok-menyogok, dan segala kemaksiatan serta kezaliman yg selalu kita tidak sedar melakukannya.
#Ketiga, ujian berupa #musibah. ''Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit #ketakutan, #kelaparan, #kekurangan harta, #jiwa dan buah-buahan.'' (Al-Baqarah 2: 155).
#Keempat, ujian #nikmat, sebagaimana Allah SWT jelaskan dalam surat Al-Kahfi ayat 7. ''Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami uji mereka, siapakah di antaranya yang terbaik perbuatannya.''
#Kelima, ujian dari orang #zalim buat kita, baik kafirun (orang yang tidak beragama Islam), musyrikun (menyekutukan Allah SWT), munafiqun, jahilun (bodoh), fasiqun (menentang syariat Allah), maupu hasidun (dengki, iri hati).
#Keenam, ujian #keluarga, #SUAMI, isteri, dan #anak. Keluarga yang kita cintai boleh menjadi musuh kita kerana kederhakaanya kepada Allah.
#Ketujuh, ujian masyarakat, tetangga, pergaulan, tempat dan suasana kerja, termasuk sistem #pemerintahan/negara.. cth: yg kini sdg gigih kita hadapi sejak hadirnya #GST 
Subhanallah, Allah SWT amat sayang kepada kita. Allah SWT tunjukkan cara menjawab ujian itu semua ujian ini. Solat, Sabar, hadapi dgn TENANG..
''Dan mintalah pertolongan kamu dengan kesabaran dan dengan solat, dan sesungguhnya solat sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk tunduk jiwanya.'' (Al-Baqarah 2: 48). 
Semoga kita dijadikan Allah, hamba-Nya yang lulus dari ujian. Amin ya rabb..