Wednesday, September 20, 2017

SI KAIN PUTIH. REALITI ITU PEDIH

..dipakaikan kemeja kotak2, dipakaikan tshirt belang. Ibu bapakah yg memilih warnanya? Salah guru/sistem pendidikan kah yg mengarah baju itu ditukar seragam sekolah lalu menukar warna peribadi si anak? Atau salah agensi yg lemah mentadbir penguatkuasaannya. Atau nak salahkan najib juga.. Gambar dibawah ini ada ceritanya.
Tugas kami dlm pemulihan dadah ni tak sama seperti pejabat2 yg lain, apa yg disantuni saban hari tak seperti yg dihadapi yg lain. Insan2 yg melangkah masuk melapor diri bukanlah org 'biasa' untuk perhatian yg biasa2. Siapa yg kami santuni adalah realiti tenatnya masyarakat kini yg jarang tampak dimata awam. Apa yg k.nad nak kongsi hari ni, ttg REALITI YG PEDIH.
Kisah Gambar 1:

Lihat senyuman anak kecil ini, senyuman paling naif, polos dan suci.. dia tidak mengetahui apa2 sdgkan ibunya sedang ditahan untuk siasatan, untuk menjalani pemulihan. Bila k.nad soal si kecil ini, mak mana? 'mak makan dadah'.. sambil masukkan gula2 dlm poket bajunya.. Allah shj yg tau koyaknya hati ni mendengarnya.. seusia anak sendiri, 3 tahun, si kecil ini sudah mampu bicara 'dadah'.. kata si ibu, si kecil ini jugalah yg kerap merayunya dgn kata2.. "mak, jgnla makan dadah lagi.." tapi, apa ibu peduli?

Lihat senyuman ini, tahukah anda anak ini baru sahaja lepas menangis sehabis hati selepas ditampar kuat neneknya di pipi hanya kerana membuat bising di pejabat ini. K.nad bawa masuk ke bilik dan pujuk dgn gula2, ini shj yg termampu nak.. tenangkan jiwamu.. sambil hati menangis mengenang nasibmu. Salah anak inikah dilahir ke dunia? Baru lihat senyumannya hati mampu cair, belum lagi ditenung mata sifar dosanya.. apa andaian anda yg bakal terjadi padanya membesar seperti itu, dgn ibu itu.. dlm keadaan itu.. nauzubilahuminzalik.. moga Allah lindungi dia..














Kisah Gambar 2:

Remaja ini ditahan kerana aduan dari keluargamya sendiri kerana tidak tahan melihat keadaan si anak, kesan penagihan yg tidak dapat lagi dikawal. Hadir ibu dan bapanya yg kami yakin dari kategori org yang baik2.. jelas kelihatan digambar, ada dua tangan yang menggenggam erat tangan si anak.. itu adalah tangan ibu dan bapanya yg berjujuhan air mata merayu pada anak mohon anak berubah.. berhenti menagih. Air mata ibulah yang paling banyak tumpah disini. Salah ibukah yang melahirkan dia? Tanya diri..



Kisah Gambar 3:
Sewaktu pameran di sebuah kampung, selesai ceramah utk org awam.. dtg si kecil ni.. 5 tahun, pra sekolah katanya.. dtg pd k.nad, "kak.. dadah tok lah dimakan bapak kmk" (bhs swk) "kak, dadah ni la yg ayah sy makan". ada kt rumah, sambil tunjuk gambar dadah dan jarum suntikan dari brosur yg diambil dari pameran kami.. Allah.. 5 tahun usianya sudah kenal dan lihat dgn mata sendiri dadah keji itu.. k.nad tanya apa yg adik buat dgn brg2 ni kalau jumpa.. "saya ambil bwk main dgn kawan, suntik kat ikan, tanam dalam tanah"..

Lemah lutut lemah jiwa mendengarnya..
Ini realiti dan hakikat anak kita, generasi kita. Kita hanya diam. Menang dipapan kunci. Hanya menunding jari. Salah dia salah ibubapa, salah guru, salah agensi salah menteri. Tapi apa salah kita? Sebenarnya salah siapa?
#PerangiDadahHabisHabisan
Pencegahan dadah bermula di RUMAH. RUMAH. RUMAH.