Tuesday, September 19, 2017

Tips Umrah Bersama Anak Kecil

Salam sayang semua.. seperti yg mama pernah janjikan pada rakan2 yg pernah PM inbox.. mama akan buat post khas utk tajuk seperti yg di atas.. Dengan sedikit pengalaman yg ada hampir setahun yg lepas.. 7 Mac 2013 mama menunaikan ibadah Umrah bersama putera2 mama yg pada masa itu berusia 3 & 2 tahun.. pada peringkat awalnya memang ramai yg mempersoalkan haruskan mama bawa anak-anak kecil itu kerana ibadah itu wajib ke atas kita tapi bukan untuk anak kecil yg belum akil baligh malahan tidak dikira lagipun ibadahnya..dan kehadiran anak kecil ini mungkin akan mengganggu ibadah kita yang mungkin sekali seumur hidup dpt dilaksanakan itu.. tambahan pula dgn kondisi putera kecil mama yg mempunyai masalah jantung..

Pada mama itu bukan persoalannya kerana Allah tahu niat kita dan seandainya mampu, apa salahnya membawa bersama anak-anak.. satu lagi perkara, mama memang bukan jenis yg mampu berpisah dgn anak-anak walau 1 malam.. apatah lagi nak tinggalkan 2 minggu.. dan sebab yg PALING UTAMA PADA KETIKA ITU adalah NIAT dan NAZAR mama untuk membawa Putera Syurga si jantung hati menjejak kaki di Baitullah sebelum dia menjalani pembedahan jantungnya yang rupa-rupanya telah 'membawa dia ke syurga'.. dan putera syurga inilah yg sebenarnya membawa mama, papa, abang dan makneknya ke Tanah Suci Baitullah..

Perkara pertama yg paling utama adalah NIAT, bila kita mula memasang niat didalam hati untuk dipanggil menjadi 'tetamu Allah'... insyaAllah, jalan-jalan kita akan dipermudahkan dan rezeki kita akan dibuka luas dengan rezeki yg tidak disangka2.. terus terang mama katakan saat Umrah tahun lepas adalah ketika mama sedang bercuti TANPA GAJI untuk menjaga putera jantung hati mama sepenuh masa hampir 2 tahun dan sumber kewangan ketika itu adalah dengan berniaga 'bundle' dan mainan anak-anak secara online.. mama tidak menyangka berkat kerjaya sunnah Rasulullah itulah yg dpt membawa kami sekeluarga ke Tanah Suci pada masa itu, papa, mama, Rayyan dan arwah Ryfael ditanggung penuh oleh hasil wang yg mama kumpul dari hasil perniagaan dan entah dari mana rezeki yg tak terduga itu.. maka PERCAYALAH dgn hikmah KEBERKATAN REZEKI ALLAH.. 

Tentang Kos: Mama menggunakan agensi Andalusia Travel memandangkan tidak banyak lagi pilihan di kawasan Sarawak ini yg dapat menawarkan harga 'mampu' pada ketika itu.. untuk dewasa lebih kurang RM5000++ untuk Umrah terus manakala kanak2 dibawah usia 2 thn mendapat diskaun RM500/10% dari harga dewasa.. pengalaman mama, Andalusia sgt cekap dengan urusannya serta professional. Urusan jemaah serta ibadah cukup terjaga.. RECOMMENDED!





Persediaan sebelum pergi:

1. Pastikan anda mengambil INSURAN utk diri sendiri serta anak-anak.. dan mama cadangkan TAKAFUL MALAYSIA sebab mama telahpun mendapat manfaat daripadanya.. 

2. Kesihatan diri dan anak-anak: Mula ambil supplement dan vitamin 1 bln sebelum berangkat utk memastikan badan kita bersedia menghadapi perubahan cuaca dan aktiviti ibadah bersama anak di sana.. MENJAGA ANAK JUGA ADALAH SATU IBADAH TAU..  (cod liver oil juga bagus utk meningkatkan antibodi anak)

3. Latihan berjalan kaki: Boleh mula berlatih mendukung anak/stroller berjalan kaki ke taman permainan berhampiran rumah anda krn itulah yg bakal anda lakukan setiap hari berulang alik dari hotel ke Masjidil Haram..(jarak lebih kurang 500m) dan anak juga perlu tanah lasak untuk 'diusung' kesana sini..

4. Biasakan anak ke Masjid/Surau: Ini PALING PENTING untuk membiasakan anak anda mendengar laungan2 azan dan bacaan-bacaan dari corong speaker MASJID supaya mereka tidak ketakutan dan menangis bila berada di Masjidil Haram/Masjid Nabawi nanti.. suasana ramai ditempat ibadah juga harus dibiasakan pada anak-anak anda dan ajar mereka untuk mengenal KAIN TELEKUNG ibu dan menghafal nama ibu in-case dia tersesat nanti.

5. Sediakan buku games / iPad / Tab siap berdownload video2 ilmiah, zikir kanak-kanak serta educational games utk mengisi masa lapang anak anda dlm perjalanan yg panjang nanti atau sementara menunggu anda selesai solat. (BUKU, PENSEL WARNA, BUKU WARNA, MAINAN MUDAH JUGA HARUS DIBAWA) Magnetic writing board dicadangkan sbb senang anak lukis/padam/lukis berkali2 serta ia compact utk dibawa kemana saja walaupun xberapa canggih.. 

6. Ubat-ubatan yg anak biasa gunakan kerana ubat-ubatan di Mekah/Madinah sangat mahal serta tidak sama jenis ubatan dari negara kita.PAMPERS juga harus dibawa lebih krn pampers Arab tersangatlah mahal dan size besar.

Persediaan di Tanah Suci:

1. Ibu harus berusaha mencari PAKAIAN SEMBAHYANG/ HIJAB BERWARNA TERANG yg lebih mudah dicam oleh anak-anak. Ini adalah TERSANGAT PENTING kerana tiada siapa dpt cam anda disana dicelah-celah puluhan ribu jemaah yg akan berpakaian HITAM/PUTIH. Pastikan anak anda KENAL PAKAIAN ANDA..

2. Jangan terlalu kerap mandikan anak untuk elak demam, cuaca di Tanah Suci 'Panas tapi Sejuk'..

3. Sentiasalah bawa botol kecil utk isi air zam-zam dan selalulah bagi pada anak untuk diminum dan campur kedalam bancuhan susu sementara Telaga Zam-Zam di depan mata.. dan elak dehidrasi.. pili air zam-zam berada dimana-mana sekitar Masjidil Haram maka janganlah risau..

3.1 Bawa makanan ringan kegemaran anak-anak sebab kat Arab susah nak cari brand yg ada di Malaysia, contoh biskut jejari dsbg. dan pastikan jenis yang tidak comot/ boleh mengotorkan Masjid ketika anak anda makan.

4.Stroller bayi selalunya TIDAK DIBENARKAN MASUK ke dalam Masjidil Haram, harus bersedia utk dukung anak/standby carrier dan jgn beli stroller terlalu mahal sbb kemungkinan utk hilang itu ada.. (kalau hilang, niatlah utk WAQAF.. dpt juga pahala.. 

4.1 Jika mampu, pilih stroller jenis bernetting/bertutup depan utk elak debu sepanjang jalan terkena pada anak dan ini boleh menyebabkan anak batuk.

5. Jika anak jenis tak sporting/ kuat menangis.. elakkan dari bawa terlalu kerap ke Masjid kerana boleh mengganggu jemaah lain serta kesihatannya.. bergilirlah dengan suami menjaga anak di hotel.. (Alhamdulillah putera-putera mama tak pernah lagi buat hal begitu dan sgt baik sepanjang di sana..)

6. Sapukan VASELIN pada bibir anak dan losyen bayi pada kulit yg terdedah sebelum keluar hotel utk elak kulit/bibir pecah.

7. Bawa pampers dan baby wipes yg mencukupi kemana sahaja demi kelangsungan ibadah anda. Keraplah periksa pampers anak supaya anda tidak 'menanggung najis'.

8. Masa yg terbaik utk membawa anak ke Kaabah adalah waktu Fajar 4.00 am waktu Mekah utk cuaca&suhu yg sesuai. Pastikan anak berbaju sejuk. Sapu minyak telon/ minyak daun ubat pada dada anak sebelum dibawa keluar untuk elak dada sejuk/ perut kembung..

Alhamdulillah pengalaman Umrah bersama kedua putera mama ini ALLAH PERMUDAHKAN dan sedikitpun tidak mengganggu ibadah serta perjalanan kami. Putera-putera mama tidak jatuh sakit, tidak juga merengek-rengek, tidak juga pernah menangis/berlari-lari mengganggu jemaah lain.. walaupun dibawah jagaan mama bersendirian kerana lelaki solat berasingan dari wanita di Masjidil Haram/ Masjid Nabawi. Selalu mama tekankan adalah NIAT, andai niat kita ke arah kebaikan.. sepayah manapun keadaan itu ALLAH PASTI PERMUDAHKAN.. Allahyarham adek Ryfael mampu selesaikan satu Umrah termasuk Tawaf & Sai'e di dalam dukungan mama.. putera syurga yg sangat kuat semangatnya..dan Allah pilih untuk 'TERUS KE SYURGA' pada 9 Oktober 2013 setelah gagal pembedahannya.. dan dgn izin Allah sekali lagi dia akan "MEMBAWA" mama,papa,abang, paksu, paknek&maknek nya ke Baitullah.. "Putera Ryfael Shah..Tunggu mama disyurga sayang.." ♥♥♥

 Sebarang kemusykilan yg tiada dalam tips mama kali ni, bolehlah utarakan diruangan komen di sini.. dan boleh share/SILA SHARE TANPA PERLU IZIN.. BUKAN COPY&PASTE yer.. penat mama type.. Semoga Terpanggil Menjadi Tetamu Allah.. "LabbaikaAllahhummalabait.."
Nak dengar video azan di Masjidil Haram boleh click LINK INI --> https://www.facebook.com/photo.php?v=10202370450961315 Ada sedikit wajah dan suara manja putera syurga disitu.. 
Nak tengok gambar-gambar putera mama sepanjang di Tanah Suci, sila klik NEXT je pada gambar di atas.. 
Assalamualaikum..