Tuesday, May 28, 2013

Penawar Endometriosis

Endometriosis adalah masalah kesihatan wanita yang berlaku apabila sel yang melindungi uterus membesar di kawasan lain di dalam badan. Hal ini mengakibatkan kesakitan, pendarahan yg tidak teratur, dan masalah kesuburan (http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0001913/)


Endometriosis ialah pertumbuhan sel dinding uterus yang abnormal, yang mana sel abnormal ini tumbuh pada organ lain.
Semasa cycle haid, ovari akan mengeluarkan hormon yang membuatkan dinding uterus menebal sebagai persediaan kepada pregnancy. Jika telur tidak disenyawakan dalan tempoh 24 jam, segala tisu dan darah itu akan dikeluarkan dari tubuh melalui period. Dalam masa yang sama, sel abnormal yang tumbuh pada organ lain tidak dapat dikeluarkan. Ia akan semakin berkembang dan menebal setiap kali kitaran haid berlaku.
Antara simptomnya ialah:
♥ sakit di bahagian uterus, lower abdomen dan pelvis sebelum dan semasa period
♥ sakit semasa hubungan kelamin
♥ darah period yang banyak termasuk darah beku dan tisu yang besar saiznya
♥ sakit semasa buang air kecil dan besar ketika period
♥ ketidaksuburan

Kerana pesakit Endometriosis selalu mengalami period yang heavy dan banyak, mereka selalunya mengalami iron-defiency anemia.
Wanita yang mempunyai cycle period yang pendek iaitu kurang dari 27 hari atau mengalami period lebih dari seminggu berisiko menjadi pesakit Endometriosis.
Di bawah ini ialah program nutrisi boleh membantu mengawal Endometriosis pada peringkat awal.


DOs and DONTs untuk PESAKIT ENDOMETRIOSIS
● Banyakkan makan ulam dan salad termasuk soya (50% dari diet harian). Makan produk whole-grain, bukannya refined.
● Elakkan alkohol, caffeine, lemak haiwan, butter, produk tenusu, makanan berminyak dan bergoreng, fast food, daging, ayam ternak (kecuali organik dan dibuang kulit), garam, gula.
● Puasa selama 3 hari setiap bulan, sebelum bermula period. Banyakkan minum jus buah tanpa gula.
● Gunakan hot pad dan tuam pada perut untuk mengurangkan sakit.
● Exercise setiap hari

Kajian menunjukkan, kumpulan wanita pesakit stage 3 dan 4 Endometriosis yang mengamalkan cara hidup sihat disamping mengambil suplemen, keadaannya bertambah pulih dan baik berbanding kumpulan lain.


Monday, May 27, 2013

Ketahui tentang Gout


Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.


GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.
Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.
Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.
Tisu lembut
Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.
Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas."

“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.

Tanda-tanda

Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau ( excruciating pain ) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).


Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.







Tips Mudah Faham Simpan Stok Susu Ibu dan Peraturan..


Dengan Shaklee Set Susu Ibu:


Susu Ibu Sampai Syurga..

Kenapa tajuk blog begini? :) Sebab mama ingin berkongsi pengalaman mama dalam perjuangan Exclusive Breastfeed mama dgn semua mama2 didunia maya ini.. With Love...



Sheikh Suhaib Hasan berkata
“…the child should be suckled for the first two years of his life, instead of being given powdered milk which has been stored in tins for months. Few adults would abandon fresh fruit and vegetables for stale, tinned foods, yet they are quite happy to feed nothing but tinned milk and foods to their infants. Secondly, just as the mother’s blood in the womb passes nutrients and her emotions through to the blood of her child, so her milk also passes her characteristics and emotions to her child while she is suckling him, causing him to feel immense comfort and confidence.”

Nasihat dari Ibn ul Qayyim
Babies should only be fed the (mother’s) milk until their teeth appear. Their stomach and digestive system (in the early months) are incapable of handling (solid) food. When the babies teeth come out, its stomach becomes strong and ready for food. Indeed, Allah delays the growth of teeth until the baby needs the food.  This is from His wisdom and kindness, and out of mercy toward the mother and her breast’s nipples, so that the baby would not bite them with its teeth The babies should be given solid food in a gradual manner, starting with soft foods, such as wet bread, (animal) milk, yoghurt, meat broth…The parents should not be too disturbed by the baby’s crying and screaming, especially when it is hungry for milk. That crying benefits the baby tremendously, training its limbs, widening its intestines, broadening its chest…The complete breast-feeding term is two years. This is a right for the baby – if it needs it and cannot do without it…”