Sunday, September 27, 2020

10 Perkara Selepas Pemergianmu..

10 perkara yang mama belajar selepas pemergianmu..
Menjelang tragedi Oktober sejak 7 tahun yang lalu, tarikh2 inilah selalunya saya flashback memories hari2 terakhir bersama si jantung hati mama Putera Ryfael Shah.. bukan hendak meratapi cuma tanda sayang dan rindu dari seorang mama yang tak pernah akan lupa pengalaman pernah diuji sehebat ini.
Namun demikian, hari ini saya nak kongsi apa yang telah saya belajar dari kehilangan ini untuk renungan ibu-ibu lain yang telah ataupun bakal di uji.. 🙂 ada 10 perkara.. yang kini saya paraktik dan amalkan bersama dua putera yang masih ada dalam pelukan.. ❤
1. Sebagai ibu dan bapa.. ciuman dan pelukan kasih sayang seorang anak bukanlah milik kita selamanya.. perasan kasih dan sayang itulah yg paling membunuh jiwa dan perasaan apabila berlaku kehilangan abadi. Anak hanyalah sekadar pinjaman dari Nya yang boleh diambil semula bila2 masa.
2. Kita selalunya terleka, kerana anak masih di hadapan mata. Adakalanya mereka bertanya dan bercerita, namun mata kita tertumpu di skrin handphone dan tv mendengar celotehnya tanpa difahami cuma di iyakan sahaja. Bayangkan suatu hari nanti bila suara itu sudah tiada.. kita pasti akan merinduinya. Hentikan segala kerja2 kita sementara, pandanglah mata mereka yang sedang bercerita. 🙂
3. Anak-anak tidak menilai wang ringgit kita.. namun yg berharga bagi mereka adalah masa yg diluangkan bersama. Cukup sekadar bersiar2 di taman, bermain pasir di pantai, ronda2 naik basikal bersama.. momen inilah yg melekat dalam ingatan mereka.
4. Mengembaralah meneroka dunia bersama mereka, tunaikan umrah bersama seandainya mampu, nikmati setiap detik bersama. Kenangan terindah mama bersama arwah Ryfael adalah menunaikan ibadah umrah bersama.. dia sentiasa terdukung dalam carrier di badan mama sepanjang ibadah, saie dan tawaf.. kenangan terindah yg akan dikenang sampai akhir masa.
5. Ambil lah seberapa banyak pun gambar dan video yang kita mampu.. rakamkanlah setiap momen bersama anak-anak selama mereka membesar, kerana mungkin suatu hari nanti hanya itulah yg kita ada seandainya mereka telah tiada. Sebab itulah dalam fb mama, terlalu banyak memori anak2 tersimpan.. 🙂
6. Raikan dan hargailah setiap detik, solat bersama, mengaji bersama dan zikir-zikir harian mudah bersama anak selesai solat.. saat sebelum masuk tidur, bacakan buku cerita, bersembang sampai lena.. makan malam bersama, bermain mainan bersama mereka.. kerana skrg apa yg mama rindu adalah suaranya yg mengalun zikir syifa, suaranya yg membaca buku cerita 'baby' bergambar.. sejadah kecilnya yg kini tersimpan kemas.. dan mainannya yg tersusun cantik di atas rak kaca.
7. Peluklah.. ciumlah anak sepuas hati seperti itulah kali terakhir untuk kita melakukannya.. kerana siapapun tidak mengetahui bilakah detik terakhir itu. Mama tak pernah lupa saat terakhir mengucupnya dalam keadaaan masih sedar sebelum diletakkan di atas meja bedah yg memisahkan kami selamanya.
8. Ajarkan anak berdoa untuk kedua ibu bapa setiap kali selesai solat, dengan memahami maksudnya.. doa itu mungkin dibawa terus ke alam sana untuk dia menarik tangan kita ke syurga kerana tiada seorang pun tahu siapa yang akan pergi dulu.
9. Catatan jurnal seperti mana yang kita karang di FB, setiap tahun akan terlintas semula memories dan momen membesar semasa hayat mereka dan mungkin boleh dibaca sehingga mereka meningkat dewasa.. ini yg mama buat sejak dari #theputeras lahir ke dunia.. 😉 Tulislah bagaimana anak itu menceriakan hari kita, perkara2 comel yang mereka lakukan, semuanya menjadi kenangan yang akan dirindui.
10. Andainya anda mempunyai anak, yang masih boleh dipeluk dicium, boleh disuap dan makan bersama, dihantar dijemput ke sekolah setiap hari, melihat mereka melangkah ke menara gading, menyaksikan mereka mendirikan kehidupan sendiri.. anda adalah insan yg sangat beruntung. Kerana tak semua ibu memiliki peluang itu.
Begitulah.
Mama yg rindu putera di syurga..