Sementara ada masa menunggu asar..tinggalkan dedek berehat di ICU jap..mama menjawab pertanyaan ramai yg inbox adek sakit apa.. ok, dedek dilahirkan dgn penyakit jantung kongenital Tetralogy of Fallot (TOF) -> http://en.wikipedia.org/wiki/Tetralogy_of_Fallot yg sebelum ini sedikit pun tak mengganggu tumbesaran/aktiviti/kecerdikan dedek.. tp dah sampai masa pakar dah tentukan giliran utk jantung dia buat 'total repair' utk kebaikannya di masa hadapan.. 24 Sept 2013, mama&papa bwk la ke IJN.. 3 mlm bermalam di wad, dedek bermain seperti biasa..sihat..cergas.. Jumaat 27 Sept 2013 tiba saat operation.. dan sejak dr itulah bermula komplikasi pembedahan ke atas adek..prosedur yg sepatutnya hanya 1% kegagalan telah ditakdirkan berlaku ke atas adek hingga terpaksa menjalani beberapa kali 'reopen' dan 'RVOT restructioning' yg aKhirnya menyebabkan jantung dedek tidak mahu lg mengepam semula setelah diberhentikan dan disambung pada mesin bypass.. tp Allah Maha Berkuasa, jantung adek berjaya mengepam semua stlh 4 hari direhatkan dan bergantung pada mesin Extracorporeal membrane oxygenation (ECMO) yg mengambil alih tugas jantung nya.. namun demikian keadaan masih belum stabil kerana low blood pressure dan saluran yg sepatutnya dibesarkan masih belum mencukupi utk menyalurkan darah ke paru2 dedek.. Dan jln alternatif terakhir utk menyelamatkan keadaan krn pembedahan sekali lagi mungkin mustahil utk dilakukan.. 4 Oktober 2013, Prosedur 'stenting' -> https://www.google.com/#psj=1&q=stenting , terpaksa dilakukan kepada saluran tersebut yg risikonya sgt tinggi dgn keadaan dedek yg sgt lemah.. hingga hari ini..dadanya masih belum ditutup "chest open" bg persediaan apa2 yg akn berlaku selepas ini.. keadaan masih belum stabil dan mama sgt berharap semangat adek tetap KUAT disitu..dan kembali kepangkuan mama&papa dgn sihat spt sediakala..seperti dulu..TERUSKAN BERDOA..hanya itulah yg mampu kita lakukan skrg..Yakin pada kebesaran Allah yg Maha Mengetahui..semua yg berlaku adalah Dgn izin-Nya..
P/s: Gambar sekadar hiasan..lebih kurg begitulah keadaan dedek skrg dgn 'chest open'..