Tuesday, September 19, 2017

Bapa Durjana. Bukan Sekadar HARUAN MAKAN ANAK.

Bapa Durjana. Bukan Sekadar HARUAN MAKAN ANAK.

Kita masih belum sedar. Yang nyata dan hakikat kini, rumah bukan lagi tempat yang selamat untuk anak2. Bapa dan ibu juga bukan lagi faktor pelindung untuk anak.
Sepanjang berada dalam khidmat sosial di AADK ni, pengalaman depan mata teramat banyak menyaksikan bapa durjana menjadikan anaknya juga penagih. Mengajak isterinya turut menagih utk 'menutup mulut'.
Bapa durjana ini mengajar anaknya menjual dadah atas faktor perlindungan diri kerana anak2 bawah umur adalah 'kebal perundangan' kerana tidak dpt disabitkan dgn hukuman berat seperti mana yg dewasa. Demi 'keselamatan' dirinya.
Keadaan kini kian parah. Teramat parah jika tiada kerjasama dr seluruh pihak dan masyarakat. Nasib generasi kita kian musnah kerana dadah. Apa peranan anda?
#PerangiDadahHabisHabisan
#PencegahanDadahBermulaDirumah